Sifat si isteri sangat comel apabila tiba-tiba sahaja merajuk atau marah dengan suami benda yang kecil. Lumrah seorang wanita ini seperti anak-anak kecil yang merajuk tetapi beliau adalah seorang yang dewasa.
Sama seperti gelagat si isteri ini, walaupun tengah marah masih lagi hantar bekal makanan kepada suaminya kerana risau jika suaminya kelaparan.
Gelagat comel ini dikongsikan oleh aimantajudin_ yang merupakan suami kepada wanita comel ini juga. Beliau merakam celoteh ini yang ketika itu, isterinya tidak langsung melihat ke wajah beliau tapi masih lagi menghulur bekal makanan.
Mungkin isterinya risau suaminya kelaparan apabila tiada makanan dan mungkin risau juga jika suaminya keluar makan di luar. Jadi, walaupun sedang marah! Tanggungjawab sebagai seorang isteri haruslah dijalankan.
“Kau nak marah-marah aku? Kau bawa ni kenapa?”, ujar lelaki ini kepada isterinya.
Beliau ketawa sehingga terkeluar angin perut beliau kerana gelak akan isterinya.
Tapi jika kita berada di tempat suaminya juga, mungkin akan ketawa terbahak-bahak juga kerana comel pula telatah isterinya.
@aimantajuddin_
@aimantajuddin_ Bila tengah marah tapi still sayang 🤣🤣🤣 #fyp #fypシ ♬ original sound – aimannn_
Menerusi di ruangan komen, ramai yang memberi amaran kepada beliau kerana risau jika abang ini ada yang tidur di luar.
Kepada abang ini, semoga abang tidak tidur di luar selepas kejadian berlaku kerana abang mencuba cari nahas dengan wanita comel ini.
Semoga lelaki ini juga habis makan bekal makanan yang dibawa oleh wanita comel itu.
Kredit: aimantajudin_