Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terpaksa Jual Harga Durian Musang King RM50 Sebakul, Lambakan Durian Buat Peniaga Khuatir

Terpaksa Jual Harga Durian Musang King RM50 Sebakul, Lambakan Durian Buat Peniaga Khuatir

Kategori:
harga durian

Musim durian kali ini menimbulkan kegusaran kepada peniaga akibat lambakan durian yang banyak.

Hal itu menyebabkan peniaga harus menurunkan harga dengan sangat murah. Jika tidak, mungkin durian-durian tidak akan terjual.

Menurut Sinar Harian, beberapa lokasi penjualan durian sekitar di Balok, Beserah dan Jalan Kuantan-Gambang mendapati harga durian ditawarkan lebih murah berbanding musim lalu.

Terpaksa Jual Harga Durian Musang King RM50 Sebakul, Lambakan Durian Buat Peniaga Khuatir

harga durian

Harga durian Musang King kini dijual RM20 hingga RM35 sekilogram (mengikut gred) berbanding RM40 hingga RM65 pada musim lalu.

Manakala IOI dijual pada harga RM18 hingga RM20 berbanding RM30 hingga RM45 sekilogram.

Bagi, durian kampung kahwin pula antara RM15 hingga RM20 (RM20 hingga RM30 musim lalu).

Manakala, durian kampung pelbagai gred B dan C dijual pada harga RM4 hingga RM6 sekilogram.

Malah, peniaga raja buah di daerah ini turut menawarkan jualan secara bakul dan plastik besar bersaiz 26×33 inci bagi semua jenis durian.

Ia termasuk Musang King pada harga RM50 hingga RM100.

Bagi, peniaga durian, Adam Haikal Mohd Zulkifli, 24, berkata, harga durian menurun sehingga 20 peratus berbanding musim lalu.

Menurutnya, penurunan harga itu dikesan sejak penghujung Mei lalu, apabila pengeluaran buah dikatakan berlaku serentak.

Harga Durian Menurun 20% Berbanding Musim Lalu

Justeru, katanya, bagi mengelak lambakan dan durian rosak adalah lebih baik menjual raja buah itu pada harga lebih murah kepada orang ramai.

“Kalau dulu, agak mahal (durian) kerana pengeluarannya terhad dan tidak banyak.

“Tapi kali ini semua tempat banyak durian dan pengeluaran raja buah itu di Johor Bharu, Perak dan Pahang juga boleh dikatakan banyak.

Ini Masa Sesuai Orang Ramai Beli Durianharga durian

“Jadi, mahu tidak mahu, kami peniaga perlu tawaran harga berpatutan. Terus terang saya cakap inilah masa yang sesuai untuk semua golongan termasuk B40 membelinya.

“Harga murah seperti ini bukan selalu, jadi ambil peluang untuk membeli dan merasainya kerana pelbagai jenis durian harganya menurun ketara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di gerai durian miliknya Jalan Kuantan-Gambang.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: “Bila Tengah Marah Tapi Masih Sayang” – Isteri Masih Hantar Bekal Makanan Walaupun Sedang Merajuk, Terus Suami Rakam Aksi Comel Isteri Beliau

tags: