Bila dah berkahwin mesti ada juga rakan-rakan akan ajak untuk keluar pergi beriadah seperti bermain futsal, badminton dan sebagainya. Tapi mesti ada hati yang perlu dijaga iaitu isteri mereka kerana risau pula tinggal seorang diri di rumah.
Seperti lelaki ini, sanggup isi perut isteri dahulu baru keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.
Telatah mencuit hati ini dikongsikan oleh adilerr di laman media sosial beliau di TikTok. Mendapat perhatian netizen kerana beliau masih memberi perhatian kepada isterinya walaupun ingin pergi bermain badminton.
Isterinya menyuruh beliau untuk masakkan Vietnam Roll sebelum keluar pergi berjumpa rakan-rakannya.
“Nak pergi badminton boleh?” tanya suami beliau.
“Boleh, tapi….” jawab isteri beliau dan menyuruh suaminya untuk masakkan vietnam roll.
Comel pula telatah dua pasangan ini, si suami pula tidak sampai hati untuk tinggalkan si isteri seorang diri di rumah. Upah dengan isi perut isterinya dahulu dengan makanan kegemarannya.
https://www.tiktok.com/@adilerrr/video/7242346527690214657?_r=1&_t=8d2n4ufKYPC
@adilerrr Ingat senang senang je boleh keluar rumah tinggal isteri sesorang?? Ada pengerasnyaa😋 #badmintonforlife ♬ original sound – saulgoodfan
Menerusi di ruangan komen, warganet mengatakan gelagat pasangan ini sangat comel dan mencuit hati mereka.
Semoga kedua pasangan ini sentiasa diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan sentiasa dimurahkan rezeki kepada mereka berdua. Amin.
Kredit: adilerr