Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Mahu Cuba Hidangan Laksa Dengan Style Goreng? Jom Nikmati MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan Terbaru Yang Unik Ini

Mahu Cuba Hidangan Laksa Dengan Style Goreng? Jom Nikmati MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan Terbaru Yang Unik Ini

Kategori: ,
MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan

Sebut sahaja hidangan Laksa, pasti ia sinonim dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Bagi penggemar laksa di luar sana, MAGGI ada kejutan yang wow untuk korang. 

Dengan campuran rasa laksa keluaran MAGGI yang terbaru, MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan memberi pengalaman berbeza ketika suapan MAGGI sampai ke dalam mulut korang. 

Nak tahu sebab apa? Biasanya laksa dihidangkan dalam hidangan berkuah. Tetapi kali ini, MAGGI memperkenalkan laksa dengan style inovasi goreng yang pasti akan buat korang kecur air liur. 

Dengan setiap suapan satu pengalaman, ia pasti akan memberi keterujaan luar biasa. Ini kerana MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat daripada bahan-bahan segar & autentik Laksa sehingga terhasilnya pes pecah minyak yang beraroma. Bahan-bahan seperti cili, daun kesum, lengkuas, bawang putih, bunga kantan, bawang merah, serai, halia dan daun limau purut dicampur dan dimasak dengan penuh hemat untuk rasa yang buat korang terpikat.  

Dengan tidak ragu lagi, aroma laksa yang autentik dari bahan bunga kantan dan daun kesum pasti akan terhidu ketika menikmati hidangan terbaru ini.

Bukan setakat itu, mi MAGGI yang diadun dengan tepung terpilih menjadikan rasanya kenyal apabila dikunyah. Sememangnya gabungan padu apabila digaul bersama pes Mi Goreng Laksa Warisan yang unik. 

Dengan hanya 3 langkah yang senang – tos mi, tuangkan pes dan gaul bersama rebusan mi, korang sudah boleh menikmati hidangan lazat ini.

Jadi, tak perlu risau jika lapar di tengah kesibukan membuat kerja harian. MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan pasti akan dapat menemani korang.

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan di kedai atau pasar raya berhampiran untuk rasai sendiri hidangan inovasi laksa style goreng ini.

Mana lagi nak dapat pengalaman makan laksa goreng kalau bukan dengan MAGGI. Setiap suapan pasti menjadi satu pengalaman. 

tags: |