Biasanya, untuk masak mihun sup memerlukan bahan-bahan kisar yang pelbagai bagi menaikkan aroma dan rasa sedap sup itu sendiri.
Tapi, jika korang malas nak masak dengan cara renyah, korang boleh guna cara yang dikongsi oleh Raden Pateh ini tau! Katanya, ini versi malas kisar bahan. Memang senang, tapi lazat tak terkata!
Yang penting, korang boleh guna Mihun jenama PAMA ini. Tak tahu nak beli dekat mana? Min ada kongsikan link di bawah.
Cara Masak Mihun Sup Dengan Senang, Tak Perlu Kisar Bahan Pun Dah Sedap. Wanita Ini Kongsi Caranya..
Bahan-Bahan:
- Mihun jenama PAMA – beli di sini
- sayur yang dipilih, boleh letak sawi, tomato dan lain-lain
- bebola daging dan bebola ikan
- bawang merah
- bawang putih
- telur
- serbuk perasa
- pati ayam
Cara Penyediaan:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan air dengan secukupnya.
- Masukkan serbuk perasa.
- Masukkan pati ayam.
- Masukkan pes mihun PAMA.
- Masukkan telur.
- Selepas seketika, masukkan pula bebola daging dan ikan. Ikut selera korang. Kalau nak letak hotdong atau bahan lauk lain pun boleh.
- Masukkan sayur yang telah dipotong tadi.
- Akhir sekali, masukkan bihun PAMA.
- Dah siap! Terus boleh hidang dan makan.
Memang wow kan! Sedap sangat cara ni. Terus boleh makan dan hidang. Lagi sedap bila makan dengan sambal kicap.
Nak resipi sambal kicap yang sedap? Boleh rujuk di sini.
Untuk pembaca di luar sana, semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba serta menikmatinya.
Sumber: Raden Pateh
Baca juga: Mahu Cuba Hidangan Laksa Dengan Style Goreng? Jom Nikmati MAGGI Mi Goreng Laksa Warisan Terbaru Yang Unik Ini