Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penjual Ini Berjaya Jual Durian Tanpa Kulit 400kg Sehari, Sudah 5 Tahun Niaga Durian Cara Ini..

Penjual Ini Berjaya Jual Durian Tanpa Kulit 400kg Sehari, Sudah 5 Tahun Niaga Durian Cara Ini..

Kategori: ,
jual durian tanpa kulit

Tempoh hari, tular isu pelanggan meminta peniaga menjual durian tanpa kulit di laman media sosial.

Oleh yang demikian, seorang peniaga di Tapang, Kelantan, menjual durian tanpa kulit bagi membolehkan orang ramai dapat menikmati keenakan raja buah itu dengan rasa puas hati, selain mengelak daripada membeli isi yang rosak ataupun masih mentah.

Penjual Ini Berjaya Jual Durian Tanpa Kulit 400kg Sehari, Sudah 5 Tahun Niaga Durian Cara Ini..jual durian tanpa kulit

Menurut laporan Sinar Harian, setiap hari sebanyak 400 kilogram isi durian berjaya dijual oleh Ahmad Alsyafey Ilyas, 32, dan isterinya, Nik Nurfarahiah Aziz, 32.

Menurut bapa kepada seorang anak itu, sudah lima tahun mereka berbuat demikian dan permintaan yang diterima daripada orang ramai sangat tinggi sehingga tidak menang tangan.

“Setakat ini kami hanya menjual musang king dengan harga RM160 sekilogram (kg), udang merah (RM100), IOI (RM100), kanhai (RM100) manakala durian kampung RM15 sekilogram.jual durian tanpa kulit

“Harga yang dijual sentiasa berubah mengikut pasaran semasa,” katanya yang jual durian tanpa kulit.

Sementara itu, Ahmad Alsyafey berkata, orang ramai dijangka dapat menikmati durian lebih lama pada tahun ini berbanding sebelumnya.

Hal ini katanya, faktor cuaca panas menyebabkan pokok durian ‘menjadi’ dan mengeluarkan hasil lebih banyak.

“Alhamdulillah musim kali ini kami tidak sempat berniaga sampai ke malam kerana sebelum jam 4 petang durian laris dijual,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Peniaga Nasi Lemak Ini Sediakan Karpet Merah VIP Buat Pelanggan Beratur, Tak Sangka Ini Alasannya..

tags: | |