Sedang mencari resipi hidangan berlaukkan ayam? Sememangnya perkongsian ini tepat untuk korang.
Kali ini, kami akan kongsikan resipi Ayam Masak Daun Kari. Buat cara ni memang sedap dan ternyata lebih terasa rempah ayam yang bertemankan sedikit kuah.
Ada lauk ni sahaja makan dengan nasi panas pun sudah selera. Baunya memang membangkitkan rasa.
Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Masak Daun Kari Viral, Campur Semua Bahan Ni Confirm Rasa Terus Menyengat
Bahan-Bahan:
- ayam setengah ekor – goreng dengan gaulan serbuk kunyit dan ketepikan
- sebatang serai – diketuk
- bawang kecil – 4 ulas
- bawang putih – 2 ulas
- halia satu inci – semua di atas tumbuk ya
- 3 sudu besar cili kering
- sebiji tomato – blend
- pati ayam Knorr seketul
- sedikit air asam jawa
- sedikit santan
- sedikit garam dengan gula
- cili padi 6 biji
- bawang besar setengah biji
- sedikit daun bawang
- sedikit daun kari – letak lebih lagi sedap
Cara Penyediaan:
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan serai bagi kekuningan. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi, masukkan sos cili, santan, air asam, cili kering dan tomato.
- Masak semua hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan garam, gula dengan pati ayam Knorr.
- Tunggu sampai kuah betul-betul pekat dan masukkaan hiasan (cili padi, bawang besar, daun kari dengan daun bawang.)
- Tutup api dan siap!
Dah siap tu, bolehlah hidangkan Ayam Masak Daun Kari dengan nasi panas-panas. Sesekali masak hidangan ayam yang lain dari yang lain pun best juga kan.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Siti Fatimah
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Goreng Kari Tersedap, Lagi Sedap Dari Goreng Biasa!