Pernah tak anda berfikir apabila rezeki tak salah alamat, tidak kira benda itu duit, orang sekeliling dan sebagainya. Kita tidak tahu apa takdir yang Allah tentukan kepada kita, dan ada asbab benda itu terjadi kerana itulah takdir kita.
Tiga orang gadis ini mendapat pengalaman yang bermakna untuk mereka apabila rumah mereka tiba-tiba sahaja ‘blackout’. Tetapi ada kejutan apabila beliau disantuni oleh makcik-makcik di masjid.
Pengalaman ‘random’ ini dikongsikan oleh nrfrhm di laman media sosial beliau di TikToknya. Dikatakan pada awalnya, rumah mereka bertiga blackout, jadi mereka singgah ke kedai makan untuk makan roti canai. Sesudah mereka ingin pulang ke rumah, ada pula benda yang tidak menyenangkan berlaku.
Tiba-tiba sahaja lampu kereta mereka terpadam dan mereka terpaksa singgah di masjid untuk menunggu hari cerah sedikit.
Terus mereka singgah ke Masjid yang berdekatan dan kebetulan untuk solat subuh. Pada waktu itulah, mereka bertemu dengan mak cik-mak cik yang baik menyantuni mereka.
Siapa sangka, rezeki tidak salah alamat malah mereka dapat langkah kaki kanan kerena dapat sarapan di rumah mak cik tersebut.
Apa yang lagi comel adalah apabila menantu mak cik itu mengajak mereka bertiga ke pasar untuk memasak pada tengah hari itu. Kebetulan pula pada waktu itu, di kampung itu ada pasar pagi dan bermacam makanan-makanan yang sedap ada.
Mereka siap membeli petai segar lagi dari pak cik yang menjual di sana.
Menantu mak cik itu juga membawa mereka bertiga ke bengkel kereta untuk membaiki lampu kereta mereka. Semua urusan mereka dimudahkan kerana jumpa orang-orang yang baik.
Setelah pulang dari pasar, terus masak untuk makan tengah hari dan barulah mereka pulang ke rumah mereka. Tapi apa yang lagi ‘random’ adalah tiba-tiba mereka menganyam ketupat dan dari situlah mereka belajar ilmu baharu.
Mak cik itu siap hadiahkan beberapa helai tudung kepada mereka sebagai tanda cenderamata untuk mereka. Alhamdulillah, mereka ditemukan orang-orang yang baik ketika berada di tempat asing.
@nrfrhm hari korang pernah tak se-random ini? #bukanalambunian #fyp
@nrfrhm hari korang pernah tak se-random ini? #bukanalambunian #fyp ♬ original sound – Farahim
Menerusi di ruangan komen, warganet-wargent mengatakan mereka sangat beruntung ditemukan orang-orang yang sangat baik ketika mereka dalam kesusahan.
Kalau ikutkan, ini bukanlah dikategorikan sebagai ‘random’ tapi ini adalah rezeki untuk mereka. Siapa sangka, rezeki mereka ini dapat membantu mereka.
Semoga kita semua diberikan rezeki yang bermakna untuk dijadikan sebagai pengajaran hidup.
Kredit: nrfrhm