Biasanya, bila kita menggunakan bekas plastik untuk menggaul lauk dengan kunyit, ataupun blender untuk mengisar bahan, pasti akan meninggalkan kesan kuning.
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya senang sahaja cara untuk menghilangkan kesan kuning kunyit pada bekas plastik seperti bekas makanan dan blender.
Caranya adalah dengan menjemurnya di bawah cahaya matahari. Jom kita baca eksperimen yang telah dilakukan oleh Junita Indrayanti Famy ini. Perkongsiannya tular dan mendapat perhatian ramai untuk mencuba cara yang digunakannya.
“Sekarang ni matahari terik apa kata kita bersihkan bekas-bekas plastik yang jadi kuning kerana kunyit. Memang berkesan dan menjadi. Tak perlu sental bagai.
“Cukup letak bekas dekat tempat yang kena sinar matahari langsung. Sekejap je kesan-kesan kuning memudar. Gambar last ni tak sampai bersih 100% tapi dah tak sabar nak upload hasil eksperimen,” katanya.
Dia menyatakan bahawa masa dia mula menjemur bekas pada jam 11:50 AM dan berakhir pada 1:41 PM seperti gambar di bawah.
Jadi, korang juga boleh cuba ni tau. Bukan sahaja bekas makanan, bekas seperti blender juga berkesan.
Semoga perkongsian cara bersihkan bekas plastik dari kesan kunyit ini bermanfaat. Selamat mencuba!
Sumber: Junita Insrayanti Famy
Baca juga: Nasi Cepat Basi Tak Sampai 24 Jam? Amalkan Petua Ini Dijamin Tahan Lebih Lama