Bagi sesiapa yang ingin mencuba resipi agar-agar yang sedap, inilah masanya! Perkongsian Cik Markonah berkenaanAgar-Agar Lumut Pandan & Gula Merah yang laku keras ini mendapat perhatian ramai.
Dia juga berkongsi resipi ini untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai bagi sesiapa yang ingin membuat Agar-Agar Lumut Pandan & Gula Merah untuk dijual ataupun hidangan bagi mana-mana majlis.
Jom kita ikuti perkongsiannya!
Peniaga Ini Kongsi Resipi Agar-Agar Lumut Pandan & Gula Merah Laku Keras, Resipi Turun Temurun & Tips Elak Bau Hanyir Telur
Bahan-Bahan Agar-Agar Lumut Pandan:
- 20 gram agar-agar tali
- 9 helai daun pandan, blend dan campurkan air jadi total 1.8 liter air
- 250 gram gula pasir
- 20 gram gula batu
- 1 sudu kecil garam
Satukan dalam bekas lain jadikan lebih kurang 500 ml
- 1 kotak santan + 1/2 kotak air (kocak baki santan dalam kotak tu)
- 2 biji telur (guna yang fresh)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 penutup esen vanila
- 1/2 sudu kecil Sunquick
Cara Penyediaan:
- Rebus agar-agar + air sampai gelegak. Masukkan gula dan gula batu. Boleh nak letak pewarna dalam dua titik. Saya suka warna real pandan. Letak sedikit sahaja.
- Biar gelegak sampai agar-agar dan gula larut. Besarkan api, masukkan adunan santan.
- Biar jangan kacau, lepas dia gelegak sekali lagi kacau sekejap tutup api. Bila nak cedok dalam bekas baru kaccau lagi setiap kali nak cedok bagi sama rata dapat bahagian telur.
Bahan-Bahan Agar-Agar Gula Merah:
- 20 gram agar-agar tali
- 1.8 liter air
- 300 gram gula merah cap bintang
- 20 gram gula batu
- 1 sudu kecil garam
Satukan salam bekas lain jadikan lebih kurang 500 ml
- 1 kotak santan + 1/2 kotak air (kocak baki santan dalam kotak tu)
- 2 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 penutup esen vanila
- 1/2 sudu kecil Sunquick
#cara sama macam yang pandan
Dah siap Agar-Agar Lumut Pandan & Gula Merah laku keras! Untukk telur, pastikan guna yang fresh untuk elak hanyir. Selamat mencuba dan merasai!
Sumber: Cik Markonah
Baca juga: Ada Beza Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini, Patutlah Bila Buat Kuih Tak Menjadi..