Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » KFC Pasir Pekan Kelantan Alami Masalah Bekalan Air, Mohon AKSB Hantar Air Secukupnya Untuk Lancarkan Operasi Berniaga

KFC Pasir Pekan Kelantan Alami Masalah Bekalan Air, Mohon AKSB Hantar Air Secukupnya Untuk Lancarkan Operasi Berniaga

Kategori: ,
KFC Pasir Pekan

Masalah ketiadaan air di Kelantan sering menjadi perdebatan dalam media sosial dan buah mulut orang ramai.

Terbahru, aduan daripada seroang pengguna Facebook terhadap Air Kelantan Official & Air Kelantan SDN BHD mendapat perhatian ramai. Pengguna yang dikenali sebagai Faizul Rohban menyatakan dalam hantaranyya untuk memohon satu tindakan dan solusi drastik dari AKSB akan masalah yang terjadi di KFC Pasir Pekan.

KFC Pasir Pekan Kelantan Alami Masalah Bekalan Air, Mohon AKSB Hantar Air Secukupnya Untuk Lancarkan Operasi BerniagaKFC Pasir Pekan

“Hampir 2 bulan ketiadaan air, menyebabkan operasi restoran ini tidak dapat berjalan lancar. KFC hanya mampu menyediakan produk untuk bungkus sahaja dan untuk tidak membenarkan pelanggan makan di situ kerana ketiadaan air.

Tidak Boleh Makan Di Situ & Hanya Boleh Bungks Kerana Ketiadaan Air

Faizul Rohban menambah dalam kenyataannya dan berkata sepatutnya kes ini perli diberi perhatian kerana KFC membayar cukai pintu & lesen perniagaan.

“Apabila sesuatu syarikat besar masuk melabur di kawasan kita perlu lah memberi perhatian kepada mereka. Ini kerana mereka membawa impak ekonomi setempat, seperti peluang pekerjaan, bayaran lesen yang saya katakan tadi,” ulasnya lagi dalam hantaran di masalah air KFC Pasir Pekan.

Menurut Manager KFC, apa yang dia boleh lakukan ialah setiap hari menelefon AKSB untuk hantar air dengaan lori dan jika dia tak telefon maka air pun tak hantar.

Ini amat membimbangkan kerana Kelantan akan mula bercuti untuk perayaan Raya Haji. Jika pekerja AKSB juga bercuti maka tiada penghantaraan air akan berlaku.

“Esok orang ramai mula pulang dengan kepulangan anak perantau, jika masalah ini tidak diatas noleh membawa masalah pada perniagaan mereka.

Perantau Mula Pulang Untuk Raya Haji, Air Belum Mencukupi…KFC Pasir Pekan

Tambahnya lagi, jika mereka mengambil keputusan untuk tutup KFC di kawasan ini berapa ramai pekerja kehilangan pekerjaan.

“Dalam masa hampir 2 bulan hanya bagi alasan masalah air, tak akan tak ada cara lain nak atas.

“Kena maklum apabila satu restoan yang berstatus Halal mereka melalui SOP yang ketat,j ika tiada air bagaiamana mereka ingin mengekalkan status itu”, katanya.

KFC Pasir Pekan

Dalam komen yang terbaru, pihak AKSB sudah memaklumkan untuk memberi aduan dan maklumat isu tersebut kepada pihak mereka bagi susulan lanjut. KFC Pasir Pekan

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.

tags: | |