Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Tip Pakai Masker Kunyit, Terbukti Segala Jeragat Jadi Pudar!

Wanita Ini Kongsi Tip Pakai Masker Kunyit, Terbukti Segala Jeragat Jadi Pudar!

Kategori: ,
masker kunyit

Petua tradisional sememangnya menjadi amalan kebanyakan orang kerana ia menggunakan bahan semulajadi untuk merawat sesuatu.

Seperti perkongsian masker kunyit oleh Afy Al Habibi di Facebook ini telah memberi informasi kepada orang ramai tentang kebaikan masker kunyit.

Katanya, jika kulit tidak putih tidak putih tidak mengapa. Licin dah cukup. Atas dahi pula tak nak jerawat kecil halus tumbuh melata.

“Nak tak nak kena rajin tepek maskerlah untuk dapatkan kulit idaman cikgu tu. Main tepek-tepek masker cara murah ni cikgu dah pernah amalkan dulu-dulu.”

Setakat ini nak masuk dua minggu dah dapat rasa perubahan kulit muka. Empat bahan je guna. Kesannya, licin sikit kulit sendiri.

Jerawat pun dah segan nak naik sebab cikgu perasan lepas bangun tidur kurang sikit kulit berminyak.

Paling best kita boleh rasa kulit makin jadi lembap sangat. Jom kita tengok caranya.

Wanita Ini Kongsi Tips Pakai Masker Kunyit, Terbukti Segala Jeragat Jadi Pudar!

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu besar tepung pulut
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil madu
  • Sedikit air suammasker kunyit

Cara Penyediaan Masker Kunyit

  1. Masa tepek masker ni kena basahkan dulu muka. Lepas tu tepek rata. Tebalkan pun takpa. Biar sampai mengering. Masa awal tepek, masker warna kuning terang macam kat pipi cikgu tu.
  2. Dah mengering sepenuhnya, muka tak boleh senyum dah. Nak bercakap lagilah payah. Kulit rasa tegang. Haa inilah fungsinya. Jadi biar dalam 15-20 minit ya.masker kunyit
  3. Kacau rata semua bahan. Campuran air jangan banyak ya. Cuba dulu tambah 2 sudu. Kalau cair masker tak berapa nak lekat.
  4. Yang ini muka selepas dicuci dari pemakaian masker. Tiba-tiba dia mari feeling macam ‘Waa syoknyaaa. Kulit muka rasa licin dan anjal.’masker kunyit
  5. Kemudian cikgu sapukan toner dan pelembap. Urut-urut muka masa proses pemakaian ni. Cikgu suka sebab baru cuba jenama tu. Tapi rasa macam serasi je dengan kulit. Tak melekit. Sejuk je. Takda macam kulit rasa panas terbakar pun.masker kunyitmasker kunyit

Semoga perkongsian masker kunyit ini bermanfaat.

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Tip Siang & Cara Goreng Ikan Keli Supaya Rangup & Sedap. Barulah Tak Hanyir Dan Muak!

tags: | |