Pelbagai formula yang dihasilkan oleh peniaga-peniaga supaya pelanggan datang ke kedai mereka untuk membeli. Ada yang menjadi tapi ada juga yang tidak menjadi kerana atas faktor-faktornya.
Tapi lelaki ini telah hasilkan satu teori baharu dan semestinya ia menjadi. Biasanya para ‘gamer’ akan memahami apa yang dilalui lelaki ini. Hanya menggunakan permainan Mobile Legend sahaja, terus ramai pelanggan datang ke kedai anda.
ThechampKL ini merupakan sebuah kedai Mee Sup Champa di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Pemasaran yang dilakukan oleh mereka ini sangat menarik dan boleh menarik pelanggan lagi gemar untuk datang ke kedai mereka kerana ‘sense of humor’ pekerja kedai mereka sangat kelakar.
Boleh pula mereka terfikir dengan teori panggil pelanggan dengan cara bermain Mobile Legend, yang lebih afdhal lagi jika anda tekan kategori ‘ranked’
Pada awalnya, mereka tidak mempercayai teori ini namun ramai yang mengatakan bahawa benda itu benar sekali kerana pada waktu itulah tiba-tiba ramai pelanggan datang ke kedai mereka.
Untuk para gamer akan mengerti perasaan ini kerana permainan Mobile Legend tidak boleh diberhentikan seketika kerana ia bermain secara atas talian.
@thechampkl Teori memanggil customer🤙🏼 #thechamp #thechampkl #fypdongggggggg #fypシ #fyp #meesupdagingchampa #myfoodie #foodie #meesupdagingmelayuchampa
@thechampkl Teori memanggil customer🤙🏼 #thechamp #thechampkl #fypdongggggggg #fypシ #fyp #meesupdagingchampa #myfoodie #foodie #meesupdagingmelayuchampa ♬ original sound – CEO MEE
Meninjau di ruangan komen, ramai juga memberi formula dan teori lain untuk dapatkan ramai pelanggan datang ke kedai mereka.
Mungkin ini hanya gurauan sahaja untuk sekadar ‘content’ beliau sahaja, namun cara penyampaian beliau itu sampai kerana ramai juga yang terkena.
Kredit: ThechampKL