Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Kulit Glowing Dengan Minum Jus Tomato Susu & Lebihan Isi Jadikan Masker. Jom Cuba!

Kulit Glowing Dengan Minum Jus Tomato Susu & Lebihan Isi Jadikan Masker. Jom Cuba!

Kategori: ,
jus tomato

Bagi korang yang sentiasa mengamalkan petua tradisional, ia amat memberikan kesan yang memuaskan kepada pengamal kerena selain sihat di luar, dalaman juga sihat.

Mengamalkan jus tomato pun dah cukup baik, ini pula ambil isinya lekat di muka jadikan masker. Mestilah kulit jadi glowing dan licin.

Untuk menjadi cantik, bukan bergantung kepada solekan semata-mata, ia memerlukan kesihatan kulit yang sempurna (sempurna tak semestinya cerah).

Jadi dengan perkongsian Mala Mansor ini, dia menggunakan 2 bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.

Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita.

Kali ni Mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihannya bulak boleh di buat ice cuba untuk buat masker.

Kulit Glowing Dengan Minum Jus Tomato & Lebihan Isi Jadikan Masker. Jom Cuba!

Bahan-Bahan:

  • buah tomato 1 biji
  • susu rendah lemak 200ml

Cara Penyediaan:

  1. Rendam tomato dengan air garam untuk bunag racun pada kulit tomato .
  2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam belnder dan kisar halus.
  3. Siap!

Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.

Khasiat

  • Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.
  • Kalau ikutkan, menjaga kesihatan ini satu ibadah. Jom jaga kesihatan dengan bahan semula jadi. Lagi pun bila sihat dan kulit bersih, rasa senang nak ke mana-mana tanpa perlu berhias terlampau.

Semoga perkongsian jus tomato ini bermanfaat!

Sumber: Mala Mansor

Baca juga: “Guna Air Mineral..”, Dr Malar Kongsi Tip Kulit Glowing, Rupanya Dia Dah Lama Amalkan Cara Ini

tags: | |