Pernahkah anda mendengar nama Kuih Tepung Bunga? Ia adalah kuih tradisi orang Kelantan dan Terengganu yang sangat sedap kerana teksturnya yang rangup dan mengiurkan.
Cara penyediaannya juga sangatlah mudah. Yang paling penting, resipi penyediaan Kuih Tepung Bunga hanya menggunakan 4 bahan sahaja!
Jom kita ikuti perkongsian Nor Al Fatihah ini berkenaan cara membuat Kuih Tepung Bunga yang lazat dan best!
Ini Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Lejen Kegemaran Semua Peringkat Umur
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 3/4 cawan air
- 1 biji telur dipukul
- gula secukupnya
Cara Penyediaan:
- Campur air bersama tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sedikit lagi.
- Ambil sedikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari.
- Kemudian celupkan ke dalam telur. Goreng dalam minyak yang panas sehingga merekah dan berbunga-bunga.
- Angkat dan toskan. Salut dengan gula dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Dah siap kuih lejen kita. Bolehlah hidang buat minum petang ye dak? Memang sedap dan rangup. Makan pula dengan teh o panas memang best!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan merasai kenikmatannya.
Sumber: Nor Al Fatihah
Baca juga: “Sukatan Kena Ngam!” – Wanita Ini Kongsi Resipi Donut Kampung Gebu, Ini Rahsia Cara Penyediaan Biar Ring Jadi Cantik