Dalam dunia yang banyak dengan inovasi dan kepelbagaian dalam mencipta sesuatu, terkadang ada yang disalah gunakan.
Seperti inovasi air balang yang dijual di dalam akuarium oleh sesetengah peniaga menimbulkan syak wasangka dan was-was kepada orang ramai. Ia berkenaan dengan keselamatan dalam menyediakan minuman kepada pelanggan.
Menurut satu perkongsian yang tular oleh seorang lelaki bernama Mat Yoe di laman Facebook, nasihat dan penegasan beliau mendapat perhatian ramai. Katanya, perkara ini sudah lama berlaku tetapi baru sahaja tular (viral) dalam media sosial.
“Viral gambar ni, benda ni salah. Aku gerenti esok lusa akan ramai peniaga air balang yang akan tiru cara ini. Aku nasihatkan jangan tiru. Sebenarnya trend ini bermula Ramadan yang lalu lagi. Cuma baru viral.
“Kesalahan dalam gambar adalah menggunakan akuarium kaca dan juga pam akuarium jenis plastik (hanging filter). Kedua-dua bahan ini bukan dalam kategori food grade iaitu bahan yang tidak sesuai digunakan sebagai bahan penyediaan makanan dan minuman,” terangnya dalam kenyataan berkenaan.
Perkongsian itu juga dikongsi di ruangan Twitter oleh seorang pengguna media sosial bernama Mohammad Faeez Harith dan turut mendapat perhatian netizen.
“Haaa konon nak lain dari yang lain sangat air balang akuarium tu kan? Jemput baca. Membaca amalan mulia.
“Secara peribadi aku memang agak geli sedikit bila air dijual dalam akuarium sebab proses nak cuci dalam akuarium tak sama macam balang air yang senang diangkat,” tulisnya mengulas perkara isu air balang dalam akuarium berkenaan.
Haaa konon nak lain dari yang lain sangat air balang akuarium tu kan? Jemput baca.
Membaca amalan mulia.
Secara peribadi aku memang agak geli sikit bila air dijual dalam akuarium sebab proses nak cuci akuarium tak sama macam balang air yang senang diangkat. pic.twitter.com/oCsPDJydIr
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) July 19, 2023
Semoga perkara ini mendapat perhatian peniaga kerana isu keselamatan sebegini harus dititikberatkan oleh semua untuk mengelak padah yang menimpa. Seperti kata pepatah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
Sumber: Mat Yoe
Baca juga: Tip Bersihkan Minyak Masak Tertumpah Di Lantai, Jangan Terus Mop Tapi Guna Cara Ini