Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Donut Versi Buah Peach Viral, Kena Letak Bahan Ni Baru Menjadi! Memang Sebiji Macam Epal

Wanita Ini Kongsi Donut Versi Buah Peach Viral, Kena Letak Bahan Ni Baru Menjadi! Memang Sebiji Macam Epal

Kategori: ,
donut versi buah peach

Hari demi hari, banyak makanan yang viral dan sedap sehingga semua orang ingin mencubanya. Seperti yang terbaru adalah buah peach yang seakan-akan bentuk donut dengan isinya yang rangup.

Dijual dengan harga belasan hingga puluhan ringgit untuk sebekas, ia menjadi bualan ramai apabila buah peach donut kelihatan lain dari buah peach biasa.

Jadi kali ini, kami ingin berkongsi satu resipi daripada Habsah Ngah tentang resipi donut versi buah peach viral yang memang gebu dan lazat.

“Sementara buah peach viral belum turun harga, kita makan donut lah dulu. Nampak macam buah epal. Tambah Emulco Red Velvet memang rasa sedap dengan warna cantik macam ni!”, tulisnya di hantaran donut versi buah peach viral berkenaan.

Okay jom kita tengok caranya!

Wanita Ini Kongsi Donut Versi Buah Peach Viral, Kena Letak Bahan Ni Baru Menjadi! Memang Sebiji Macam Epal

Bahan-Bahan:

  • tepung gandum – 4 cawan
  • baking powder – 1 sudu kecil
  • marjerin – 3 sudu besar
  • yis – 1 paket
  • gula 2 sudu besar
  • air suam – setengah cawan
  • telur – 1 biji
  • susu pekat – 3 sudu
  • emulco red velvet – 1 sudu kecil
  • gula kastor / gula kasar – blend

Cara Penyediaan:

  1. Gaul kesemua tepung gandum, baking powder dan marjerin hingga sebati.
  2. Sebelum tu satukan yis satu paket, gula 2 sudu besar dan air suam secawan setengah.
  3. Kacau bagi rata dan biarkan dalam 1/2 jam bagi yis kembang.
  4. Apabila yis dah kembang, tuang dalam tepung tadi. Tuang sambil gaul-gaul.
  5. Tambah telur sebiji dan susu pekat 3 sudu. Uli sampai jadi doh. Uli sampai elastik, sampai tak lekat dekat tangan.
  6. Bila dah jadi doh, baru letak Emulco Red Velvet dalam 1 sudu kecil. Curah atas doh, lepastu uli. Kalau tak ada emulco, boleh guna pewarna merah. Uli tak perlu lama-lama. Nampak ada corak, boleh stop uli dan terus bentuk.
  7. Bagi doh kembang sedikit baru goreng api slow je ya. Tak perlu greng lama-lama. Okay siap, daah suam-suam boleh tabur gula kastor atau gula kasar yang dikisar.
  8. Selamat mencuba!donut versi buah peachdonut versi buah peach donut versi buah peach donut versi buah peach

Dah siap kita punya donut versi buah peach yang viral dan gebu ni. Sementara tunggu buah peach sebenar, bolehlah buat yang ni. Ye dak?

Semoga perkongsian bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: “Sukatan Kena Ngam!” – Wanita Ini Kongsi Resipi Donut Kampung Gebu, Ini Rahsia Cara Penyediaan Biar Ring Jadi Cantik

tags: | |