Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sempena Musim Barbie, Lelaki Ini Kongsi Nasi Goreng Barbie Unik Citarasa Malaysia, Memang Berbaloi Untuk Cuba!

Sempena Musim Barbie, Lelaki Ini Kongsi Nasi Goreng Barbie Unik Citarasa Malaysia, Memang Berbaloi Untuk Cuba!

Kategori: ,
Nasi Goreng Barbie

Filem Barbie pernah dan sentiasa menjadi satu fenomena dahsyat yang digemari ramai orang.

Sememangnya filem yang ditayangkan pada 19 Julai 2023 lalu menjadi sebutan ramai apabila dikaitkan dengan memori zaman kanak-kanak yang cukup sinonim dengan Barbie.

Oleh kerana fenomena Barbie yang sekarang sedang meluas, perkongsian lelaki ini tentang Nasi Goreng Barbie menarik perhatian ramai. Untuk mereka yang meminat Barbie, bolehlah cuba buat Nasi Goreng Barbie citarasa Malaysia ni.

Jom ikut perkongsian nasi goreng merah jambu ini bersama.

Sempena Musim Barbie, Lelaki Ini Kongsi Nasi Goreng Barbie Unik Citarasa Malaysia, Memang Berbaloi Untuk Cuba!

Bahan-Bahan:

  • nasi sejuk
  • minyak masak
  • 1 biji bawang merah – potong dadu
  • 1 ulas bawang putih – potong dadu
  • 5-7 cili api – ikut kepedasan masing-masing
  • ayam potong dadu – gaull dengan kunyit
  • sayur campur
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu kecil pewarna makanan merah

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula tumis dahulu bawang merah, bawang putih serta cili api sehingga naik bau.
  2. Kemudian, maasukkan isi ayam yang telah dipotong dadu dan digaul bersama kunyit. Tumis hingga isi ayam masak.
  3. Masukkan pula sayur campur. Gaul sebati.
  4. Masukkan pula pewarna makanan berwarna merah, hanya satu sudu kecil dan gaul bagi warna sebati.
  5. Akhir sekali masukkan nasi sejuk dan kacau rata. Boleh perasakan dengan garam dan gula.
  6. Sedia untuk dihidang.

Sudah siap kita punya Nasi Goreng Barbie ini. Bukan sahaja lazat tau, anak-anak mesti tertarik nak makan. Ibu-bapa boleh juga jadikan hidangan ini sebagai bekal di sekolah.

@shafuan_hiri

Replying to @Chan👄 disebabkan sekarang tengah demam Barbie, hari ni aku nak buat NASI GORENG BARBIE, PONDAN MEREMPAN ok jer kan? #fyp #makanan #makananviral #masakan #asmr #mukbang #cooking #eating #parody

♬ original sound – Squigglymack – Squigglymack

@shafuan_hiri Replying to @Chan👄 disebabkan sekarang tengah demam Barbie, hari ni aku nak buat NASI GORENG BARBIE, PONDAN MEREMPAN ok jer kan? #fyp #makanan #makananviral #masakan #asmr #mukbang #cooking #eating #parody ♬ original sound – Squigglymack

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Shafuan_Hiri

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Lemon Pepper Viral, Rahsia Perapan Yang Best. Mesti Guna Seasoning Ni!

tags: |