Bila sebut pasal acara sukaneka, mesti akan ada bermacam aktiviti yang menarik untuk dilakukan semasa sukaneka. Antaranya ialah acara memanah belon, memancing itik atau ikan, menghias makanan dan banyak lagi.
Tapi kali ini, acara sukaneka ini sangat berbeza kerana acara sukanekanya ialah bawa belut hingga ke hujung jalan. Namun, kesian pula dengan belutnya kerana entah bernyawa atau tidak selepas itu.
Farah Aziz yang merupakan peserta sukaneka ini menunjukkan aksi beliau sebelum memulakan sukaneka bawa belut ini. Salah satu idea yang menarik untuk dilakukan semasa sukaneka kerana tidak pernah dengar pula acara bawa belut ini dijadikan sebagai permainan.
Beliau juga turut menulis di ruangan kapsyen bahawa supaya sedekahkan al-fatihah kepada belut itu kerana rasanya sudah tidak bernyawa lagi.
Selepas pegang belut tersebut, terus beliau menjerit dan ditarik keluarganya untuk berlari ke hujung garisan penamat. Sepanjang beliau sebelum sampai di hujung garisan, beliau hanya mampu menjerit dan tidak berkata apa-apa kerana mungkin beliau geli dan takut.
“Kesian la belut tu macam naik rollercoaster dah. Nasib kau lah belut.” ujar beliau di dalam video.
Selepas meletakkan belut di dalam baldi, terus beliau menampar bahu orang berdekatan kerana beliau sangat geli dan takut akan belut tersebut.
@farahaziz_aiatakaful Sila sedekah kan ALFATIHAH dekat belut tu sebab sis tak tahu dah apa nasib dia #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #tiktok #tiktokmalaysia #terding #trend #teambuilding #akilahgroup #aiapublictakaful #wawateam
@farahaziz_25 Sila sedekah kan ALFATIHAH dekat belut tu sebab sis tak tahu dah apa nasib dia #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #tiktok #tiktokmalaysia #terding #trend #teambuilding #akilahgroup #aiapublictakaful #wawateam ♬ Aku Pasrahkan Diriku Sepenuhnya Saat Ini – Embun Senja
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen memberi jenaka yang kelakar seakan memahami apa yang belut lalui sepanjang bersama wanita terbabit.
Semoga belut yang digedong wanita itu masih di dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digoreng bersama rakan-rakannya yang lain.
Kredit: Farah Aziz