Pernah juga kita terfikir macam mana orang bakar roti dan menjadi sangat lembut. Tiba-tiba pulak rasa nak buat sendiri roti kerana boleh makan hingga puas.
Ini roti yang paling senang nak buat sebab tak perlu uli pun dah selesai nak hasilkan. Resipi Roti Tanpa Uli (Foccacia) yang boleh diikuti para suri rumah.
Resipi Roti Tanpa Uli (Foccacia) Antara Roti Paling Mudah Untuk Dibuat, Boleh Makan Sampai Puas!
Resipi Roti Tanpa Uli ini dikongsikan oleh Dya Syazzy di laman media sosial TikTok beliau, dan mendapat banyak kongsian dan komen dari para netizen kerana resipi beliau semua sedap belaka.
Bahan-Bahan:
- 500g tepung roti
- 420ml air suam
- 1 sudu besar extra virgin olive oil
- 1.5 sudu kecil instant yeast
- 1 sudu kecil gula/madu
- 2 sudu kecil gara,
- Extra virgin olive oil (letak pada dulang pembakar roti)
Cara Penyediaannya:
- Campurkan semua bahan. Gaulkan dengan garfu sampai dh bersatu semua. Tutupkan dengan kain lembap biarkan rehat 15 minit.
- Tarik doh guna teknik “stretch and fold” buat empat penjuru. Selepas itu, tutup balik dengan kain biar 15minit
- Tarik doh tu lagi sekali guna teknik “stretch and fold”. Kemudian tutup dengan kain dan rehatkan doh selama 1 jam setengah.
- Transfer doh atas dulang pembakar yang dah diminyakkan dengan olive oil. Buat teknik “stretch and fold” dan rehatkan selama 1 jam setengah.
- Lepas doh dah naik dan melebar, letak olive oil atas doh tu dan cucuk-cucukkan dengan jari.
- Seterusnya, boleh bakar roti dekat level paling bawah sekali dalam oven pada suhu 220°C selama 18-23minit
Resipi Roti Tanpa Uli (Foccacia) ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja yang anda mahukan! Jadi, selamat mencuba!
Kredit: Dya Syazzy
Baca Juga: Pelanggan Tak Sangka Roti Canai Terbang Di Muka Bawa Tuah, Rupanya Si Penebar Roti Canai Tu..