Di Kelantan pelbagai makanan yang ada hinggakan orang luar dari Kelantan tidak sabar untuk datang ke sana. Sudahlah banyak makanan, murah pula itu.
Ini salah satu tempat yang semua orang ingin tuju, dimana di Kelantan terkenal dengan sosej bakar. Tak sangka, ada yang menjual sosej bakar RM1 secucuk.
Boboy adalah salah satu pelanggan yang datang berkunjung ke gerai sosej bakar RM1 ini dan beliau juga menunjukkan pelbagai jenis sosej bakar.
Antaranya ialah, sosej pulut, sepit ketam, fish ball, tofu cheese, udang dan banyak lagi. Rambang mata anda nak pilih tapi buat apa rambang mata. Boleh rasa semua kerana harganya yang sangat murah!
Gerai sosej bakar RM1 secucuk ini berada di kawasan berdekatan Pantai Cahaya Bulan. Sesuai untuk mereka yang ingin datang berjalan bersama keluarga dan bolehlah mencuba sosej bakar ini.
Di ruangan kapsyen lelaki ini mengatakan bahawa sosej yang dijual sangat sedap.
Rugi kalau datang Kelantan tak cuba sosej bakar sebab ini adalah antara makanan paling popular di sini.
@zarin_hakimi puas hati juga la, harga murah gitu pahtu sedap pula🤧🤧, sapo gi pantai cahaya bulan,, boleh la singgah support abg ni nga peniaga lain dehh, piukkkkk#fypシ #pcb #foodlover #foodie
@zarin1999 puas hati juga la, harga murah gitu pahtu sedap pula🤧🤧, sapo gi pantai cahaya bulan,, boleh la singgah support abg ni nga peniaga lain dehh, piukkkkk#fypシ #pcb #foodlover #foodie ♬ bunyi asal – boboy〽️
Meninjau di ruangan komen, netizen semua terkejut dengan harga yang dijual oleh lelaki ini. Terfikir juga, adakah beliau mendapat keuntungan dengan menjual harga semurah ini.
Kedai sosej bakar RM1 ini menjual di Pantai Cahaya Bulan di lorong masuk. Banyak lagi makanan yang dijual di kawasan itu, dan bolehlah berjalan bersama keluarga anda di sana.
Selamat Bercuti!
Kredit: Boboy
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Roti Sosej Cheese Leleh Untuk Bekal Seisi Rumah, Sedap Sampai Tak Cukup!