Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bila Pelanggan Suka Ambil Lauk Guna Tangan, Ramai Peniaga Trauma Risau Makanan Akan Tercemar!

Bila Pelanggan Suka Ambil Lauk Guna Tangan, Ramai Peniaga Trauma Risau Makanan Akan Tercemar!

Kategori:

Bila dah ada dalam dunia perniagaan makanan ini, bermacam ragam pelanggan yang datang berkunjung. Ada yang baik, ada yang kurang baik itu mungkin untuk ujian para peniaga. Namun, merekalah yang membawa rezeki kepada peniaga.

Peniaga Nasi Kukus ini membuat “Point of View – POV” apabila pelanggan suka ambil lauk guna tangan. Risau jika makanan yang bakal dijual kepada pelanggan lain akan tercemar.

Bila Pelanggan Suka Ambil Lauk Guna Tangan, Ramai Peniaga Trauma Risau Makanan Akan Tercemar!

Umira Nasi Kukus hasilkan satu video tentang reaksi mereka apabila melihat pelanggan yang suka ambil lauk guna tangan. Contohnya, pilih ayam goreng dengan menggunakan tangan mereka yang entah datang dari mana.

Risau dan trauma untuk pihak mereka kerana risau makanan mereka terdedah dengan apa-apa kuman dari tangan-tangan yang tidak dicuci dengan baik.

ambil lauk guna tangan

Bila dah terkena apa-apa kotoran, risau pula akan ada keracunan makanan dan sebagainya.

ambil lauk guna tangan

Marah betul akak ini, sampai cekak pinggang melihat pelanggan beliau sentuh ayam menggunakan tangan sahaja.

Namun, ini hanya lakonan sahaja tapi amaran juga kepada mereka yang selalu lakukan tabiat ini.

@umiranasikukus

Haaa kan dah otw jadi #kakkmbukanbiasa2 Jangan lah pakai tangan geng !!! Kan pengepit dah ada depan mata 😭 #ragamcustomer

♬ original sound – kmbeauty product – SUNFLOWER💛

@umiranasikukus Haaa kan dah otw jadi #kakkmbukanbiasa2 Jangan lah pakai tangan geng !!! Kan pengepit dah ada depan mata 😭 #ragamcustomer ♬ original sound – kmbeauty product

Lepas Tu Dia Nak Yang Baru, Tak Mahu Yang Dia Pegang

Menerusi di ruangan komen, rupanya ramai netizen atau peniaga yang lain boleh ‘relate’ dengan situasi yang sama mereka rasai.

ambil lauk guna tangan ambil lauk guna tangan ambil lauk guna tangan ambil lauk guna tangan

Semoga tabiat ini tidaklah dilakukan oleh sesiapa atau diri kita sendiri kerana ia memudaratkan untuk semua orang yang ingin menikmati juadah ini.

Kredit: Umira Nasi Kukus

Baca Juga: Kerana Teringin Nak Makan Nasi Kukus, Ibu Hamil Ini Menangis Dimarahi Suami Namun Akhirnya..

tags: | |