Untuk membentuk seorang anak menjadi seorang yang sangat matang dan ringan tulang haruslah dilentur dari kecil lagi. Kerana, dari kecil mereka boleh mengikuti setiap benda dengan mudah dengan hanya melihat perangai ibu bapa mereka.
Ibu ini menunjukkan anak lelakinya bangun seawal 5:30 pagi siapkan bekal sendiri tanpa disuruh dan mendapat pujian dari netizen.
Chantiq Anak Mamy mempunyai seorang anak lelaki yang sangat ringan tulang dan “independent” dengan semua kerja rumah.
Beliau bangun seawal jam 5:30 pagi untuk siapkan bekal sendiri sebelum ke sekolah dengan memasak nasi goreng dan ayam popcorn.
Melihat gaya beliau yang sikit pun tidak kekok apabila ada di dapur dan maknanya beliau sudah biasa memasak bersama ibunya.
Terbentuknya peribadi anak yang baik adalah betul-betul daripada ajaran ibu bapa mereka sendiri. Jika buruk, maka buruklah anak mereka dan itulah yang akan menjadi cerminan kepada masyarakat luar.
@chantiqanakmamy Hari isnin yg penuh aktiviti buat anak anak #momlife #tiktokmalaysia #masakansimple
@chantiqanakmamy Hari isnin yg penuh aktiviti buat anak anak #momlife #tiktokmalaysia #masakansimple ♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu
Meninjau di ruangan komen, warganet memuji perangai adik lelaki ini dan mereka sendiri tidak mampu untuk siapkan bekal di awal pagi.
Semoga ianya menjadi teladan untuk ke semua para ibu bapa dan anak anak untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Ianya juga dapat membantu untuk menjaga nama baik keluarga.
Kredit: Chantiq Anak Mamy