Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “7 Tahun Hanya Makan Nangka & Durian” – Influencer Rusia Meninggal Dunia Kerana Diet Terlampau, Hanya Makan Buahan Hingga Penyebab Kematian

“7 Tahun Hanya Makan Nangka & Durian” – Influencer Rusia Meninggal Dunia Kerana Diet Terlampau, Hanya Makan Buahan Hingga Penyebab Kematian

Kategori:

Manusia sekarang sanggup menggunakan diet terlampau semata-mata untuk nampak kurus dan cantik kerana itulah kayu ukuran cantik. Namun, mereka tidak pernah terfikir tentang kesan kesihatan mereka dan ada yang menyebabkan kematian.

Benda itu telah terjadi apabila seorang influencer dari Rusia telah meninggal dunia kerana diet terlampau dengan hanya makan buah-buahan selama 7 tahun.

“7 Tahun Hanya Makan Nangka & Durian” – Influencer Rusia Meninggal Dunia Kerana Diet Terlampau, Hanya Makan Buahan Hingga Penyebab Kematian

Influencer Rusia yang dikenali sebagai nama Zhanna Samsonova telah meninggal dunia kerana diet terlampau beliau. Punca utama beliau adalah kerana kebuluran dengan hanyak memakan buah-buahan asal dari Malaysia.

Berdasarkan laporan dari luar negara, beliau hanya berusia 39 tahun itu telah meninggal dunia pada hari Jumaat 21 Julai 2023. Beliau banyak kongsikan berkaitan dengan promosikan makanan mentah di laman media sosial beliau.

diet terlampau

Ada saksi yang berdekatan mengatakan bahawa ketika beliau berada di Sri Lanka, beliau kelihatan sangat letih dan kaki bengkak. Orang sekeliling menghantar beliau pulang untuk dapatkan rawatan, namun beliau melarikan diri.

Jiran beliau mengatakan bahawa beliau selalu risau akan Zhanna kerana takut bertemu mayat tidak bernyawa. Jadi, jirannya memujuk Zhanna untuk mendapatkan rawatan tetapi ianya hasil hanya sia-sia.

diet terlampau

Laporan mengatakan bahawa punca kematian beliau masih belum dikenal pasti kerana ibu kepada Zhanna sekeras-kerasnya mengatakan beliau terkena jangkitan Kolera. Rakan Zhanna mengatakan bahawa sepanjang 7 tahun hanya makan nangka dan durian sahaja.

Zhanna banyak mencipta resipi kerana beliau adalah seorang tukang masak makanan mentah dan ianya memberi inspirasi kepada orang ramai supaya makan makanan lebih sihat.

Namun, malang tidak berbau kerana beliau meninggal angkara diet terlampau beliau.

diet terlampau

Kesimpulannya, untuk anda yang berada di fasa diet sekarang. Anda tidak perlulah terlampau untuk menjadi cantik, kurus seperti model. Hargai fizikal anda sekarang dan sayangi organ anda.

Kredit: The Vocket

Baca Juga: Rendah Karbo & Sesuai Untuk Diet, Ini Resipi Roti John Yang Lebih Sihat! Rasa Sebijik Seperti Di Pasar Malam

tags: | | |