Bermacam ragam setiap manusia bila berkait dengan benda yang mereka inginkan dengan cepat. Apatah lagi apabila berkait dengan makanan, tak fikir panjang asalkan perut kenyang.
Gelagat pelanggan ini buat tuan kedai garu kepala kerana beliau meminta untuk ayam nak paha, namun beliau memesan benda lain.
Donnnnnn_ yang merupakan Rider Grab untuk seorang pelanggan comel ini dan membuatkan tuan kedai dan beliau garu kepala dan jadi blur. Susah untuk penuhi permintaan beliau kerana bagaimana aiskrim nak uli jadi ayam.
“Ni macam mana nak buat?”, tanya beliau.
“Ayam nak paha dan thigh sahaja. Isteri mengandung mengidam, terima kasih sangat-sangat”, nota dari pelanggan beliau.
Tapi yang dipesan olehnya adalah semua aiskrim jenis Walls dan tiada satu pun ayam. Pening dibuatnya untuk rider dan tuan kedai ini.
@nnasibujang Ni cemano nak buek ni? Cc instagram: @/donnnnnn_ #fyp #mememalaysia #grab
@usernametaktahumat Ni cemano nak buek ni? Cc instagram: @/donnnnnn_ #fyp #mememalaysia #grab ♬ original sound – Apann
Menerusi di ruangan komen, netizen juga bingung namun terhibur dengan gelagat pelanggan ini. Sanggup buat apa sahaja untuk isterinya.
Semoga para isteri semua diberikan suami seperti ini kerana sanggup tunaikan apa sahaja permintaan mereka. Amin!
Kredit: Donnnnnn_
Baca Juga: Abang Rider Jual Semua Makanan RM1, Ramai Tak Sangka & Anggap Peniaga Ini Berniaga Sambil Sedekah