Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Tanam Kunyit Bagi Subur Hanya Guna Tayar Lama, Ini Teknik Berkesan Untuk Tanaman Sihat & Rugi Bila Tak Dicuba!

Cara Tanam Kunyit Bagi Subur Hanya Guna Tayar Lama, Ini Teknik Berkesan Untuk Tanaman Sihat & Rugi Bila Tak Dicuba!

Kategori:
tanam kunyit

Kunyit adalah antara masakan yang wajib ada di dapur. Pelbagai masakan bertukar enak apabila kita meletakkan kunyit ke dalamnya. Untuk penjimatan, kita boleh tanam kunyit di halaman rumah kita sendiri.

Dan untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi bagaimana untuk menanam kunyit dan mendapatkan hasil yang banyak. Rupanya, untuk mendapatkan hasil tuaian yang sebegini banyak hanya perlu tanam di dalam tayar sahaja. Tanpa perlu membeli bekas tanaman yang khusus, gunakan tayar lama sahaja. Memang jimat dan menjadi!

Jom kita gunakan tips yang dikongsi oleh Razak Adom ini bersama.

Hasil Menanam Kunyit Dalam Tayar:

Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah, inilah hasilnya. Begitulah hantaran oleh Razak Adom berkongsi gambar hasil tuaian di group Facebook Berkebun Di Rumah.

Langkah-Langkah Tanam Kunyit Dalam Tayar:

  • Tayar saiz 14 dipotong bahagian tepi dengan menggunakan pisau dapur yang tajam. Bila sudah terbalikkan bahagian luar ke dalam. tanam kunyit
  • Isi tayar tersebut dengan tanah, gaul dengan baja tahi kambing, tanah bakar dan pasir.
  • Kemudian bolehlah semai benih kunyit dan siram.
  • Bila daun pokok kunyit menguning dan mati, itu tanda ia sudah sedia untuk dituai. Tempohnya anggaran lebih dari 6 bulan. tanam kunyit
  • Terbalikkan tayar dan siram atau tembak dengan air untuk memudahkan isi kunyit diambil. tanam kunyit
  • Dan inilah hasilnya. tanam kunyit tanam kunyit

Semoga perkongsian tanam kunyit dalam ini bermanfaat buat semuanya. Selamat membaca!

Sumber: Razak Adom

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pelbagai Resipi Kuah Salad Sekali Dengan Pasangan Sayur, Sedap Sangat Ganti Kuah Ni Dengan Kuah Biasa. Sihat & Lebih Ngam!

tags: | |