Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kios ‘Panas’ Zaitoun Bukit Bintang Diarah Tutup Bukan Sebab Isu Pelanggan Wanita Berjoget, Ini Kisah Sebenar Terjadi..

Kios ‘Panas’ Zaitoun Bukit Bintang Diarah Tutup Bukan Sebab Isu Pelanggan Wanita Berjoget, Ini Kisah Sebenar Terjadi..

Kategori:
Kios Zaitoun

Baru-baru ini, kecoh tentang satu premis perniagaan yang dikenali sebagai Kios Zaitoun Bukit Bintang apabila tular video yang menunjukkan wanita-wanita berjoget untuk mendapatkan makanan berupa manisan percuma.

Susulan dengan itu, kios tersebut mendapat pelbagai komen yang dilemparkan oleh netizen akibat sikap segelintir pelanggan yang dianggap tidak senonoh berkenaan.

Kios ‘Panas’ Zaitoun Bukit Bintang Diarah Tutup Bukan Sebab Isu Pelanggan Wanita Berjoget, Ini Kisah Sebenar Terjadi..

Terbaharu, Kios Zaitoun tersebut tular semula akibat isu penutupan premis yang diarah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada semalam, Ahad 20 Ogos.

Ia mengejutkan orang ramai kerana kedai tersebut sudah beroperasi sejak sekian lama. Oleh itu, ramai yang menganggap penutupan premis berkenaan akibat tularnya video pelanggan wanita yang berjoget untuk mendapatkan manisan percuma.

Selepas disiasat, isu berjoget itu bukanlah sebab utama penutupan Kios Zaitoun. Ia disita kerana DBKL mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebaraanmg aktiviti menjaja.

“Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

“Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada Sabtu di premis terbabit.

“Dalam operasi yang telah dijalankan itu, satu notis kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah dari DBKL dan premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta merta (Sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

Tiada Lesen Yang Sah Punca Disita – DBKL

@shinorareking ZAITOUN BUKIT BINTANG KENE SITA! #zaitoun #zaitounfood #zaitounbukitbintang #viral #trending ♬ original sound – 𝐒 𝐇 𝐈 𝐍 𝐎

Melihat kepada reaksi netizen berkenaan isu tersebut, ramai yang berpuas hati kios tersebut disita atas faktor-faktor tertentu.

“Tahun 1996 aku tinggal di Bukit Bintang Jalan Nagasari. Bukit Bintang Sg Wang Plaza happening gila ramai local meniaga. Sekarang dah jadi tempat pendatang asing pula”, komen Wu Xie.

“Lepas ni semua kena viral lah. Rakyat Malaysia kena kerjasama untuk orang-orang yang salah guna kuasa,” komen Hafiz berkenaan kes sita Kios Zaitoun.

“Harap Ada Jalan Penyelesaian Untuk Isu Ini..”

Semoga segala hal yang benar dan salah ditegakkan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Shino

Baca juga: “Not Bad..” – Viral Video Mat Saleh Cuba Minum Air Tuak Tepi Jalan, Reaksinya Cuit Hati Orang Ramai..

tags: | |