Sebagai manusia, kita selalu ada perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara dan akhirnya mencuba sesuatu yang lain daripada lain.
Seperti sebuah video yang tular baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Antton telah membuat satu eksprimen untuk menguji rasa burger selepas ia dihantar ke luar angkasa menggunakan belon helium.
“Kami meletakkan burger Big Mac dengan belon helium gergasi untuk menerbangkan ia ke angkasa. Selepas ia turun ke bumi akibat belon helium yang meletup, kami akan mencuba rasanya dan membuat perbandingan dari segi rasa dan fizikal bentuknya,” katanya terhadap eksprimen burger terapung di luar angkasa yang berkada di bawah susu -60 darjah celcius.
Katanya, eksprimen berkenaan mempunyai beberapa bahagian. Pada bahagian pertama video, lelaki berkenaan menunjukkan burger terapung bersama belon helium.
Mereka menggunakan GPS untuk mengekori di mana lokasi spesifik burger itu jatuh yang dianggarkan sejauh 35 kilometers dari angkasa lepas. Belon helium itu mengambil masa 1 jam 45 minit untuk pecah.
@anttonraccaus The space burger – Part 1
@anttonraccausThe space burger – Part 1♬ son original – Antton
Dalam bahagian kedua videonya, dia menunjukkan bagaimana cara mencari burger yang jatuh dari angkasa tersebut. Burger berkenaan jatuh menggunakan payuh terjun yang diikat sekali bersamanya.
“Kami jumpa payung terjun dan bakul yang menampung burger tersebut. Tapi kami tidak mejumpai burger yang dicari. Selepas tempoh yang panjang mencari burger tersebut, kami mengambil keputusan untuk menjejak burger dengan melihat ‘footage’ daripada kamera,” luahnya.
@anttonraccaus The space burger – Part 2
@anttonraccausThe space burger – Part 2♬ son original – Antton
Melihat rekasi netizen, ramai yang teruja dan ingin tahu tentang kesudahan eksprimen burger tersebut. Mereka menantikan bahagian ketiga video untuk tahu kronologi yang seterusnya.
“Kalau ikat macam tu, memang ia akan tercabut..”, komen seorang netizen berkenaan eksprimen burger terapung di luar angkasa.
“Tak sabar nak tahu dan harao mereka jumpa balik burger tu,” tulis seorang netizen lain.
Min pun nak tahu kesudahan eksprimen ni. Adakah rasanya akan lain selepas ia beredar di luar angkasa? Jom nantikan sama-sama.
Sumber: Antton