Bila sebut Negeri Kelantan ini, mesti yang terlintas di dalam fikiran orang ramai adalah Budu, Petai dan gadis Kelantan yang comel-comel belaka. Dialek bahasa mereka juga lain dan mempunyai keunikan mereka tersendiri.
Pernah tular, celoteh gadis Kelantan ini mencuit hati netizen apabila dia menghirup budu menggunakan straw sahaja kerana cinta.
Shahbusy menghasilkan sebuah karya ‘content’ untuk pengikut beliau dan berjaya hasilkan satu sketsa yang kelakar mengenai gadis Kelantan.
Dia menunjukkan teman wanita di dalam video itu sedang menghirup budu menggunakan straw sambil menikmatinya.
Wanita itu juga siap menawarkan kepada teman lelakinya untuk minum sedikit demi merasakan sendiri kelazatan budu tersebut. Namun, ditolak mentah-mentah olehnya.
Maka, peperangan tercetus apabila wanita tersebut mengaitkan perkahwinan mereka.
“You jangan nak babitkan perkahwinan kita dengan budu ni. I okay lagi you nak marah benda lain, tapi pasal kahwin. Nak libatkan dengan budu ni, I tak boleh tau!”, ujar lelaki tersebut.
“Betullah apa yang saya cakap tadi, awak tak sekufu dengan saya”, balas teman wanita.
Namun, teman wanita terus mengeluarkan ayat-ayat yang masih kelakar dengan mengatakan budu beliau ini tidak sejuk.
Memerlukan ais untuk lagi sedap. Terus meminta seringgit dengan teman lelaki beliau dengan menyebut “siyal”, namun teman lelaki salah faham.
Terus teman wanitanya memberontak kerana boleh pula beliau salah faham benda yang paling ringkas.
Teman lelaki beliau memujuk dengan berkata,
“I minta maaf, I janji lepas ni I belajar minum budu sama-sama dengan you. And nanti bila kita ada anak-anak, I ajar anak-anak kita makan budu sekali okay”, pujuk teman lelaki beliau.
Namun, tiada balasan.
https://www.tiktok.com/@shahbusy/video/7271481147731791105?_r=1&_t=8fD4m02mZzF
@shahbusy Girlfriend dari kelantan . Eps 1 #tiktokdrama #dramashahbusy ♬ original sound – shahbusy
Menerusi di ruangan komen, orang Kelantan sendiri terkejut kerana susah nak jumpa orang Kelantan minum dari botol seperti itu. Mahu naik darah tinggi kerana rasa masin yang sangat kuat.
Namun, ini hanyalah sekadar sketsa sahaja. Tidaklah perlu ambil perkara ini serius dan ia hanya sekadar gurauan sesama masyarakat. Mungkin, ada rakyat Kelantan yang minum budu seperti ini dan kami tabik respect.
Kredit: Shahbusy