Di dalam kehidupan ini, pelbagai pahit manis harus dihadapi untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kuat dan cekal. Salah satunya apabila kita cakna dan prihatin dengan kehidupan sekeliling yang banyak mengajar kita erti kehidupan.
Seperti video tular yang dikongsi oleh seorang gadis bernama Urceaa, dia menceritakan bagaimana sifat syukur perlu ada pada setiap orang apabila melihat orang yang kurang bernasib baik daripada kita.
Videonya tular apabila dia menceritakan tentang kisahnya berjumpa dengan seorang lelaki tua yang sedang mengira wang syiling di sebuah restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
Menerusi video berkenaan, kelihatan pakcik tua sedang mengira wang syiling yang disusun di atas meja dengan teliti. Berdasarkan daripada pandangan sekilas, pakcik berkenaan mungkin merupakan seorang gelandangan di situ.
Kata pemilik video, pakcik tersebut memang selalu berada di KFC dan staff KFC ada yang menjamunya.
“Uncle memang hari-hari duduk situ. Time record ni dia tengah kira duit dia dapat. Bukan nak beli KFC pun,” katanya bersama perasaan sedih.
Melihat kepada komen orang ramai, mereka turut bersimpati dan mengucapkan syukur dengan apa yang dinikmatinya sekarang. Kerana di dalam hidup ini, ada insan yang lebih susah sedang bergelut dengan kehidupan.
@urceaa nak bersyukur pon susah hm
@urceaanak bersyukur pon susah hm♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
Mungkin ada kisah disebalik apa yang dilalui oleh pakcik tua berkenaan membuatkan dia berada di tempat itu. Apa yang pasti, hidup perlu diteruskan dan hidup akan lebih bermakna jika kita saling tolong menolong antara satu sama lain.
Sumber: ceaaa