Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Roti Sardin Sedap, Ini Cara Masak Untuk Bahan Meresap Dalam Roti. Memang Mantap!

Jom Buat Roti Sardin Sedap, Ini Cara Masak Untuk Bahan Meresap Dalam Roti. Memang Mantap!

Kategori: ,
roti sardin

Roti sardin sememangnya kegemaran ramai yang sangat sedap. Sandwich inti sardin atau roti sardin gulung sememangnya kegemaran semua. Ada satu lagi cara buat roti sardin sedap dan mudah je nak buat, iaitu Roti Sardin Goreng yang lembut dan menyelerakan.

Nak ikutkan bahan penyediaan sardinnya lebih kurang sama je. Cuma cara goreng memang berbeza! Ia memang menambatkan lagi rasa. Kita cicah pula dengan sos cili, memang tak cukup satu sorang.

Jom tunggu apa lagi! Mari kita ikut cara penyediaan yang dikongsikan oleh Cik Epal ni.

Untuk perkongsian resipi ini, sukatan bahannya sesuai untuk hidangan satu keluarga. Kalau korang nak buat untuk 2-3 orang makan je. boleh kurangkan separuh dari sukatan tau.

Jom Buat Roti Sardin Sedap, Ini Cara Masak Untuk Bahan Meresap Dalam Roti. Memang Mantap!

Bahan-Bahannya:

  • roti Gardenia
  • 5 biji telur
  • sardin saiz besar
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji cili merah (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • daun bawang (dicincang)
  • lada hitam
  • garam roti sardin

Cara Penyediaaan:

  1. Dalam 1 mangkuk, tuangkan 1 tin sardin dan sedikit sosnya (tak nak terlampau berair, kemudian hancurkan isi sardin).
  2. Dalam mangkuk lain pula, campurkan kesemua bahan lain iaitu bahan cincang, telur, garam dan lada hitam.
  3. Kemudian gabungkan isi sardin yang dah dihancurkan dengan mangkuk bahan lain tadi. Pukul sehingga sebati.
  4. Potong roti Gardenia ikut suka bentuk apa yang korang mahu.
  5. Kemudian celupkan roti ke dalam bahan sardin yang disebatikan tadi. Celup sehingga tenggelam.
  6. Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan roti sardin ke dalamnya.
  7. Goreng sehingga masak dan warna keperangan.
  8. Dah garing, boleh angkat dan toskan.
  9. Sedia dihidang.roti sardin roti sardin roti sardin roti sardin roti sardin roti sardin

Kalau korang nak letak sos cili, mayonis atau apa-apa pun, terpulang pada citarasa korang. Buat hidangan sarapan pagi amat menyelerakan.

Dah siap dan selamat mencuba!

Sumber: Cik Epal

Baca juga: Peniaga Kongsi Cara Buat Kek Coklat Moist Simple, Cara Paling Senang Tapi Rasa Tetap Mantap

tags: | |