Sushi merupakan sejenis makanan yang dikenali umum dan sangat popular di Jepun. Makanan ini juga mempunyai ramai peminat di Malaysia, seterusnya mendorong kepada pembukaan banyak restoran yang menghidangkan sushi antaranya Sushi King, Sushi Zanmai dan banyak lagi.
Jika di kedai serbaneka pula, sushi dapat dijumpai di kedai-kedai seperti Family Mart, CU Mart ataupun myNEWS Malaysia.
Terbaharu, myNEWS Malaysia telah mengeluarkan produk dengan pengeluaran sushi yang sungguh unik dan menarik iaitu Nasi Kerabu Sushi Roll oleh Maru.
Seaweed paper yang membaluti nasi sushi berwarna biru dan ditambah ulaman pada bahagian tengah menjadikan Nasi Kerabu Sushi Roll dimakan seperti dalam kadar satu suapan jika makan satu sushi. Semua bahan sudah digabungkan ke dalamnya.
Ketika ia sampai di dalam mulut, anda akan dapat merasai rasa herba dan rempah yang menjadikan ia sebagai Nasi Kerabu Sushi Roll.
Yang turut menarik, produk sushi yang terbaru itu dikeluarkan bersama satu lagi produk iaitu Smoked Salmon & Cream Cheese Onigiri. Ia kaya dengan rasa smoked salmon yang berkrim dengan gabungan keju.
Melihat kepada reaksi orang ramai, ada yang terpegun melihat produk keluaran terbaru myNEWS Malaysia ini kerana ia terlalu unik. Makanan yang popular di negeri Che Siti Wan Kembang ini diinovasikan menjadi sushi adalah satu hal yang patut dicuba.
“Wahhh macam nak cuba”, kata seorang netizen dengan nama Azdan.
“Patut letak solok lada lagi sedap”, komen seorang netizen lain.
Haaa korang dah cuba belum? Jom ke myNEWS sekarang dan nikmati sendiri sushi keluaran terbaru ini.
Sumber: myNEWS Malaysia
Baca juga: Roti Canai Dinobatkan Roti Terbaik Dunia, Makanan Perpaduan Rakyat Malaysia