Pernah tak bosan apabila buat roti sandwich dan korang inginkan kelainan dalam membuat dan menghidangkan roti. Kalau korang dah bosan, boleh cuba buat style roti gulung pula. Ia sememangnya semudah 123 dan ABC!
Jadi, tunggu apa lagi? Mari ikuti perkongsian Ibu Ahmad Fazly Hakimi ini.
Bosan Dengan Sandwich Biasa? Jom Buat Roti Gulung Semudah 123, Memang Sedap & Kenyang!
Bahan-Bahan:
- roti
- mayonis
- sedikit susu manis
- telur tambah serbuk perisa
- serbuk lada hitam
- hirisan cili besar
- daun bawang
- chicken flloss
Cara Penyediaan:
- Roti keping digelek nipis.
- Celup dalam telur yang sudah ditambah perisan dan serbuk lada hitam.
- Celup biar banyak telurnya. Baru bertambah sedap.
- Baru hias dengan daun bawang dan hirisan lada besar.
- Masak atas kuali leper, letak minyak sikit.
- Sebelah bahagian ada telur tu sudah masak, terbalikkan. Yang sebelah masak ala kadar sahaja.
- Roti sudah siap!
- Sapu mayonis dan sedikit susu manis. Bahagian yang tiada telur untuk sebelah dalam.
- Letak chicken floss.
- Gulung-gulung.
- Potong dua.
- Celupkan atas mayonise tadi.
- Letak pula atas chicken floss.
- Siap untuk dimakan.
Haaa kalau dah boring buat sandwich, bolehlah buat roti style roti gulung pula kan!
Kredit: Ibu Ahmad Fazly Hakimi