Bila sebut sahaja ayam goreng, mesti kebanyakan orang suka makan samada anak-anak mahupun orang dewasa. Terdapat pelbagai cara untuk menggoreng ayam selain menggunakan kunyit yang selalu kita buat. Salah satunya adalah Ayam Goreng Bijan. Ayuh, kita intai resepinya!!
Bahan-bahan:
- 500g isi ayam (dipotong kecil)
- 1 inci halia (dihiris)
- 5 biji bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 sudu teh bijan (digoreng tanpa minyak)
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu makan air perahan lemon
- 1 biji lada merah besar (dihiris)
- Garam / Secukup Rasa
Cara-cara:
- Tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih sehinga naik bau.
- Masukkan dada ayam dan garam, masakkan sehingga dada ayam berubah warna.
- Masukkan minyak bijan dan sos tiram, kacau rata.
- Masukkan air perahan lemon dan kacau rata.
- Kemudian masukkan lada merah besar dan bijan, kacau lagi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Rujuk video di bawah untuk lebih details
Sumber: Ani’s Home Recipe