Bagi sesiapa yang ingin kempiskan perut yang boroi, perkongsian ini sememangnya untuk anda.
Kali ini kami ingin berkongsi minuman air rempah lemon & madu yang memang boleh buat anda kempiskan perut dan kurangkan selera makan. Ada orang yang terlalu tinggi selera sampai makan secara berlebihan, kan?
Jadi, mungkin kalau tak dikawal, berat badan boleh naik sehingga 5-6 kg sebulan kan? Jadi, jom kita cuba amalkan minuman semulajadi yang dikongsi oleh Eka Zahra ini.
Pengalamannya mengamalkan minum air rebusan lemon yang resipinya diambil dari seorang rakan berasal dari Indonesia untuk kawal selera makan. Ujarnya tak sampai empat hari minum air ini beratnya sudah turun 1kg. Malah dia juga nampak perubahan pada perut yang kempis selepas seminggu amalkannya.
“Hari ini nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
“Atas nasihat doktor, dia yang sudah ada 4 org anak dan mempunyai masalah obes dalam keluarga mengamalkan minuman ini. Saya pun cubalah. Bagusnya minuman ini memang boleh kawal selera makan saya sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resipinya ya. Tapi perlu diingat hasilnya bergantung badan masing-masing ya.”
Sumber: Eka Zahra