Hubungan ibu dan anak sememangnya akrab dan rapat. Dan sebagai anak, kita sedaya upaya ingin membuatkan mereka bahagia seadanya.
Untuk membuat mereka bahagia tidak semestinya melakukan hal-hal yang besar. Perkara yang dilihat kecil juga sungguh bermakna jika kita meraikan bersama.
Seperti sebuah video tular di laman TikTok baru-baru ini, momen seorang anak membuat kejutan kepada ibunya yang sedang bekerja di restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) mendapat perhatian orang ramai apabila terharu melihat detik bahagia tersebut.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh madikemadi, seorang anak lelaki bersama kawan-kawannya telah pergi ke sebuah restoran KFC untuk membuat kejutan hari lahir kepada ibunya.
Dia membawa sebiji kek dengan dinyalakan lilin ke atasnya dan menyanyikan lagu hari lahir kepada ibunya. Momen itu bertambah meriah apabila dia turut mengajak kawan-kawannya untuk meraikan sambutan itu bersama.
Walaupun ia kelihatan ringkas, kejutan itu penuh bermakna apabila boleh meluangkan masa sekejap dengan ibu yang sedang bertungkus lumus mencari rezeki. Dan yang penting, ibunya sangat terharu dengan riak wajah yang gembira.
“Happy birhtday mom, love you always”, tulisnya di keterangan video anak surprisekan ibu tersebut.
Meninjau komen netizen, ramai yang terharu serta bangga hingga ada yang menitiskan air mata apabila melihat video berkenaan.
“Aku bangga dengan anak muda macam ni”, kata rata-rata netizen.
“Kekal macam ni ya. Jangan berhenti terus untuk bahagiakan dan santuni mak awak. Semoga mak awak sentiasa dalam rahmat Allah,” tulis netizen lain dengan nama Ara.
“Berjaya dunia akhirat kamu dan kawan-kawan kamu. Happy birthday auntie”, kata netizen lain di video anak surprisekan ibu.
@madikemadi happy birthday mom love you always❤️
@madikemadihappy birthday mom love you always❤️♬ cry cigarettes after sex – Mel
Tahniah buat adik ini dan rakan-rakannya kerana menunjukkan dan memberi contoh bahawa hal-hal kecil juga perlu dirayakan dengan yang tercinta. Momen yang akan dikenang sampai bila-bila.
Sumber: madikemadi