Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Menu Sup Thai Sedap & Power! Ini Resipi Tom Kha Gai Untuk Hidangan Pembuka Selera

Menu Sup Thai Sedap & Power! Ini Resipi Tom Kha Gai Untuk Hidangan Pembuka Selera

Kategori: ,,
Tom Kha Gai

Hidangan Tom Kha Gai atau Tom Kha Kai merupakan salah satu kuliner khas Thailand. Kuliner asal Negeri Gajah Putih ini berupa sup pedas asam panas dengan kuah santan.

Makanan ini sangat digemari banyak orang kerana santannya tidak terlalu pekat sehingga memberikan citarasa gurih yang menyegarkan. Rasa pedas dalam sup ini menambah sensasi hidangan pembuka atau sebagai salah satu lauk di rumah.

Jadi, jom kita ikuti resipi sedap yang dikongsi oleh Mei Lina ini.

Menu Sup Thai Sedap & Power! Ini Resipi Tom Kha Gai Untuk Hidangan Pembuka Selera

Bahan-Bahan:

  • 2-3 cawan air (tambah lebih kalau nak kuah banyak)
  • dada ayam & udang (optional)
  • 4 batang serai (hiris kasar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 keping hirisan halia
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 6 ulas cili padi (hiris)
  • 4 pokok ketumbar (hiris, ambil akar)
  • 1/2 cawan pati santan segar
  • 3 biji jus limau nipis
  • 3 sudu besar sos ikan
  • garam

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air dalam periuk, campurkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, cili, akar ketumbar, lengkuas. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan udang. Nak letak bahan lain atau ikan pun boleh.
  3. Tambah sos ikan, jus limau nipis, limau purut dan garam.
  4. Masukkan santan. Kacau seketika 2-3 minit dan masukkan tomato, cendawan & hirisan daun ketumbar. Siap!

Info tambahan:

  • Kalau suka lebih masam, tambah perahan limau nipis ya.
  • Pilihan terbaik guna santan segar, barulah ada aroma. Kalau santan kotak, bolehh juga tapi tak wangi & sedap macam santan segar.Tom Kha Gai Tom Kha Gai

Hidangan Tom Kha Gai ni juga merupakan comfort food Min tau. Hirup kuahnya panas-panas memang marvelous. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat menikmati.

Sumber: Mei Lina

Baca juga: Ini Dia Resipi Udang Khamped Yang Paling Digemari Ramai, Cara Nak Masak Senang Je. Makan Dengan Nasi Panas Memang Syok Ni

tags: | |