Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Guna 4 Bahan Sahaja, Ini Resipi Bebola Cheese Tarik Crispy. Pantang Buat Mesti Licin

Guna 4 Bahan Sahaja, Ini Resipi Bebola Cheese Tarik Crispy. Pantang Buat Mesti Licin

Kategori: ,
bebola cheese tarik crispy

Inginkan hidangan kudapan yang sedap dan senang dibuat? Haaa kali ini anda berada di tempat yang betul. Daily Makan ingin kongsikan resipi Bebola Cheese Tarik Crispy yang sedap dimakan. Memang senang dan sedap nak buat tau.

Yang penting, hanya guna 4 bahan sahaja. Tak usah pening kepala dah. Perkongsian resipi bebola cheese tarik crispy ini dikongsi oleh Noratiqah Nordin. Katanya, anak-anak dia memang suka.

“Anak Ika pantang kalau Ika masak bebola cheese tarik ni. Tak lekang senyum dia. Sebab akan dapat tarik cheese tu panjang-panjang”, ceritanya dalam hantaran tersebut.

Guna 4 Bahan Sahaja, Ini Resipi Bebola Cheese Tarik Crispy. Pantang Buat Mesti Licin

Bahan-Bahan:

  • cheese mozarella
  • bread crumb
  • tepung
  • telur

Cara Penyediaan:

  1. Potong-potong cheese mozarella. bebola cheese tarik crispy
  2. Mula-mula salut mozarella dengan tepung. bebola cheese tarik crispy
  3. Kemudian salut dengan telur. bebola cheese tarik crispy
  4. Last sekali salut dengan bread crumb. Ulang cara yang sama sebanyak 3 kali. Supaya masa goreng tak keluar cheesenya. bebola cheese tarik crispy
  5. Boleh lah goreng. bebola cheese tarik crispy
  6. Dah keperengan, boleh lah angkat. bebola cheese tarik crispy
  7. Taraaa siap! Boleh tarik lagi. bebola cheese tarik crispy

Haaa dah siap Bebola Cheese Tarik Crispy kita. Memang sedap dan mengiurkan. Bolehlah buat kudapan untuk makanan ringan. Bukan anak-anak je suka, tapi seisi keluarga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber: Noratiqah Nordin 

Baca juga: Cara Buat Nasi Goreng Cili Padi Biar Lagi Enak, Ini Resipi Turun Temurun Yang Patut Anda Cuba

tags: |