Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Niaga Air Teh Guna Nozel Minyak, Gerai Minuman Ini Viral Sebab Ramai Nak Cuba

Niaga Air Teh Guna Nozel Minyak, Gerai Minuman Ini Viral Sebab Ramai Nak Cuba

Kategori:
teh guna nozel

Hari demi hari, pelbagai inovasi dilakukan oleh peniaga untuk kekal relevan dalam industri perniagaan Food & Beverage (F&B). Hal ini kerana, ia adalah cara untuk kekal diingati oleh orang ramai setelah ramai orang membuka kedai atau restoran untuk menjual makanan serta minuman.

Seperti satu video yang tular baru-baru ini, seorang peniaga telah mendapat perhatian ramai apabila dia menjual minuman teh seakan menggunakan nozel minyak.

Niaga Air Teh Guna Nozel Minyak, Gerai Minuman Ini Viral Sebab Ramai Nak Cuba

Menurut detik.com, sebuah gerai di Bandung, wilayah Jawa Barat, Indonesia menjadi perhatian kerana menjual minuman yang disimpan di dalam balang menyerupai pam minyak.

Gerai teh di Jalan Ciwarasta itu mengetengahkan konsep stesen minyak selain turut dikenali sebagai Pertehmina. Ia menyerupai nama syarikat minyak dan gas milik Indonesia, Pertamina.

Penjual pula memakai pakaian menyerupai pekerja stesen minyak, lengkap dengan topi. teh guna nozel

Menurut pemilik Pertehmina Rahadika, idea untuk menggunakan konsep tersebut timbul selepas melihatkan keadaan cuaca yang semakin panas.

“Air teh sememangnya menjadi minuman kegemaran orang ramai dan diminum setiap hari. Dalam masa sama, kami mahu mengetengahkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai nilai tambah,” katanya yang menjual teh guna nozel minyak.

Timbul Idea Jual Teh Guna Nozel Minyak Lepas Tengok Cuaca Makin Panasteh guna nozel

Tambah Rahadika, meskipun menggunakan balang menyerupai pam minyak, ia sebenarnya bekas bergred makanan dan bukannya diubah suai daripada pam minyak sebenar.

“Konsepnya sahaja pam minyak tetapi semua peralatan yang digunakan mempunyai gred makanan,” ujarnya.

Mengetengahkan lima jenis minuman, pekerja akan mengisi air ke dalam bungkusan mengikut sukatan yang diminta oleh pengguna.

Penjualan teh guna nozel minyak ini dijual pada harga antara 3,000 rupiah hingga 9,000 rupiah (RM0.90 dan RM2.70), manakala teh yang digunakan 100 peratus berasal dari Jawa Barat.

Sumber: detik.com

Baca juga: Niat Nak Belajar Masak Nasi, Gelagat Lelaki Ini Sukat Beras Guna Pembaris Cuit Hati Netizen

tags: |