Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Makanan Laut Tular dikompaun RM1,500 -Fuziah Salleh

Peniaga Makanan Laut Tular dikompaun RM1,500 -Fuziah Salleh

Kategori:
peniaga makanan laut

Peniaga makanan laut di Tepian Tebrau di sini yang tular kerana mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1,500.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kompaun tersebut kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasabah.

Peniaga Makanan Laut Dikompaun Kerana Tidak Letak Tanda Harga & Terdapat Unsur Pencatutan

“Perkara ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak, peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka, pengguna ada hak untuk tahu sebelum beli,” katanya pada sidang akhbar sempena Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.peniaga makanan laut

Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan sebuah kedai makanan laut di medan selera Tepian Tebrau, di sini terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260.peniaga makanan laut

Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang serta memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia 

Baca juga: Gadis Teruja Kawan Baik Tamat Belajar, Siap Beri ‘Bunga Istimewa’ Di Majlis Graduasi

tags: |