Sebut sahaja Pak Mat Western, pasti orang ramai sudah mengenali tentang restoran tersebut.
Cukup sinonim dengan kambing perap, Pak Mat Western sekali lagi menempa kejayaan dengan menawarkan peluang pekerjaan dan pendapatan pada buat penduduk Borneo menerusi pembukaan cawangan baharu di Miri tidak lama lagi.
Sarawak berjaya diundi sebagai pusat pelaburan baru Pak Mat Western yang bernilai RM164 juta menjelang awal tahun 2024. Khabar gembira ini diterima baik oleh banyak pihak bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat disana.
Bukan sekadar cakap kosong, pemilihan Sarawak sebagai cawangan ke-5 membawa 1001 makna buat seluruh warga kerja Pak Mat Western. Sesuai dengan kedudukan wilayah ini yang selalu dirujuk sebagai contoh semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Berita positif ini turut mendapat sambutan luar biasa penduduk Sabah dan Sarawak malahan negara jiran iaitu Brunei turut terkena tempiasnya. Penangan kambing perap menerusi teknik pemasaran di laman sosial membuahkan hasil apabila mendapat permintaan tinggi di sana.
Sedar akan kebolehpasaran disana, sebanyak 15,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor bakal disasarkan pada suku pertama tahun hadapan. Mengambil inisiatif kerajaan menerusi “jobs guarantee” kami berhasrat merealisasikan impian anak jati Sarawak, Sabah & Brunei untuk mengukuhkan lagi perdagangan di negeri ini.
Kemasukan syarikat dari utara tanah air diharapkan dapat merancakkan lagi ekonomi di sana seterusnya mampu bersaing dengan syarikat luar yang datang melabur.
Tahniah buat Pak Mat Western kerana selain menyediakan makanan yang sedap dan berpatutan, Pak Mat Western juga membuka peluang pekerjaan kepada ramai orang.
Sumber: Pak Mat Western
Baca juga: Peniaga Kedai Makan Jual Makanan RM1 Sejak 2016, Percaya Walau Dapat Untung Kecil Ia Tetap Rezeki