Seringkali, kita mendengar tentang caj harga yang mahal selalu terjadi melibatkan harga yang dikenakan tinggi melambung. Ia menggusarkan orang ramai dan diingatkan supaya lebih berhati-hati.
Seorang pengguna media sosial Facebook meminta orang ramai berhati-hati menjamu selera di sebuah restoran di pusat bandar Kota Kinabalu selepas dikenakan bayaran RM50 untuk seekor sotong dalam hidangannya.
Dalam hantaran di media sosial itu turut disertakan gambar sepinggan nasi berlaukkan sotong manis dan sayur bersama resit dengan jumlah keseluruhan makanan bernilai RM75.
Hantaran daripada pemilik akaun Hussin TJ Abdullah turut memaparkan nama restoran yang dikunjunginya.
“Hati-hati kamu kalau makan sini pandai ‘tembak’ harga, bukan saya seorang saja yang kena begini, yang lain pun kena macam saya.
“Kepada yang belum pernah datang sini, kalau boleh janganlah datang. Kosong poket kamu nanti,” tulisnya di Facebook.
Hantarannya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang terkejut dengan harga sotong manis yang tertera pada resit.
Malah ada yang menyarankan beliau membeli sotong di pasar di mana harganya lebih murah berbanding di restoran tersebut.
Semoga semua pihak lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam kejadian seperti ini.
Sumber: Sinar Harian
Baca juga: Pak Mat Western Akan Masuk Sarawak Awal Tahun 2024, Sasar Pelaburan Selama 2 Tahun