Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Cabai Bersantan Creamy, Ramai Terliur Dengan Masakan Ini

Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Cabai Bersantan Creamy, Ramai Terliur Dengan Masakan Ini

Kategori: ,
Ayam Cabai Bersantan Creamy

Sebut sahaja lauk ayam, pasti pelbagai hidangan sudah dicuba dan dimasak oleh semua. Kali ini Daily Makan ingin berkongsi satu hidangan ayam yang sedap lagi menarik.

Sekali tengok, memang sedap dan teruja untuk dirasai dan dinikmati. Resipi Ayam Cabai Bersantan ini dikongsikan oleh Cik Ena Rahman dan menarik perhatian ramai untuk mencubanya.

Jom kita tengok resipi ini dan masak bersama.

Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Cabai Bersantan Creamy, Ramai Terliur Dengan Masakan Ini

Bahan-Bahan:

  • cili padi*
  • cili besar
  • bawang besar*
  • bawang putih*
  • belacan (sikit)*
  • santan pekat – saya guna half yang kecil
  • daun kunyit – mayang halus
  • asam keping – 1
  • serbuk kunyit – sedikit sahaja
  • sos tiram, cukup rasa, garam, gula

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bahan yang bertandaa (*) untuk kesedapan. Nak blend pun boleh tapi jangan halus sangat.
  2. Lepas tu tumis bahan-bahan yang blend tu tadi. Dah agak garing bahan tumis tu masukkan santan, asam keping dan bahan-bahan perasa. Kalau nak cair, boleh tambah try air sedikit tapi better berpalut la baru ngam makan dengan nasi.
  3. Lepas tu masukkan bahan utama (ayam/sotong/ikan – yang mana jadi pilihan). Gaul semua bahan tu dengan bahan utama lepas tu maasukkan daun kunyit. Gaul lagi. Dah siap!

Yeayyy dah siap kita punya hidangan Ayam Cabai Bersantan. Boleh gantikan dengan lauk yang menjadi pilihan korang tau. Kalau nak masuk sotong pun boleh. Guna je cara masakan ni pasti hati terpikat.

Semoga perkongsian resipi Ayam Cabai Bersantan Creamy ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan merasai.

Sumber: Cik Ena Rahman

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Karipap Inti Ikan Ajaran Arwah Mak, Ramai Tak Tahu Buat Style Ni..

tags: | |