Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Ikan Mahu Bantu Penduduk Setempat, Jual Ikan Siakap 90 Sen Seekor

Peniaga Ikan Mahu Bantu Penduduk Setempat, Jual Ikan Siakap 90 Sen Seekor

Kategori:
ikan siakap 90 sen

Sebanyak 1,000 ekor ikan siakap yang dijual pada harga 90 sen seekor habis dalam tempoh tidak sampai sejam.

Harga istimewa itu ditawarkan pemilik kedai, Sauffian Sauji, 36, sempena pembukaan ‘Ikang Flyover’ cawangan keempat di Kuala Ibai hari ini.

Menurut Sauffian, inisiatif itu diambil bukan semata-mata mahu mempromosikan kedainya tetapi mahu membantu masyarakat setempat selain beramal.

Katanya, selain sebanyak 6,000kg ikan siakap dengan berat antara 300-400 gram seekor, pihaknya turut menjual pelbagai jenis ikan lain termasuk udang dan sotong yang dianggarkan seberat 30,000kg.

Bukan Setakat Promosi Kedai, Tapi Mahu Bantu Orang Memerlukan

“Ikan siakap 90 sen seekor dijual untuk 1,000 ekor yang pertama dengan setiap orang boleh membeli enam ekor sahaja dan selepas itu ia dijual dengan harga RM10 untuk tiga ekor.ikan siakap 90 sen

“Sambutan memang menggalakkan apabila orang ramai sudah berada di kedai seawal jam 6 pagi walaupun kedai sepatutnya beroperasi jam 8 pagi dan kita berterima kasih serta terharu dengan sokongan diberikan,” katanya ditemui di kedainya di Kuala Ibai di sini hari ini.

Sauffian berkata, bekalan ikan diperoleh dari seluruh negara dan ikan siakap itu biasanya dijual dengan dengan harga RM5 seekor pada hari biasa.

Selain cawangan keempat di Kuala Ibai di sini, tiga lain kedainya berada di Kampung Tualang, Manir; Flyover Durian Burung dan Kampung Gong Kiat, Padang Midin.

1000 Ekor Ikan Habis Terjual Tak Sampai Sejamikan siakap 90 sen

Sementara itu, pesara kerajaan, Ismail Ngah, 67, memuji inisiatif peniaga jual ikan siakap 90 sen apabila menjual dengan harga yang lebih murah dalam keadaan harga barang yang tinggi ketika ini.

“Saya datang ke sini jam 8 pagi dan ketika itu pun, orang sudah ramai menunggu tetapi Alhamdulillah, dapat juga beli bekalan ikan untuk seminggu dan memang berbaloi.

“Walaupun hanya hari ini ia dijual dengan harga promosi tetapi ia tetap menguntungkan pembeli,” katanya.

Sumber berita & gambar: Berita Harian

Baca juga: Peniaga Gula Kapas Melayu Dapat Pengalaman Manis Berniaga Di Sekolah Cina, Ajar Semua Tentang Kasih Sayang

tags: | |