Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Memang Menyelerakan, Ini Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup Makanan Pembangkit Selera, Mudah Sangat Nak Buat

Memang Menyelerakan, Ini Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup Makanan Pembangkit Selera, Mudah Sangat Nak Buat

Kategori: ,
kerabu ikan bilis

Kerabu adalah antara hidangan yang menjadi pembangkit selera orang ramai. Ada pelbagai hidangan kerabu yang menjadi pilihan antaranya Kerabu Maggi, Kerabu Sotong, Kerabu Suhun dan pelbagai lagi kerabu yang masam manis rasanya.

Jadi kali ini Daily Makan ingin berkongsi satu hidangan yang sangat menggiurkan, resipi Kerabu Ikan Bilis yang sedap sangat. Memang sedap dan boleh tambah selera. Kalau tak lalu makan nasi, menu ni semestinya akan membangkitkan selera.

Memang Menyelerakan, Ini Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup Makanan Pembangkit Selera, Mudah Sangat Nak Buat

Bahan-Bahan:

  • ikan bilis – goreng bagi garing
  • bawang besar
  • bunga kantan
  • serai
  • daun ketumbar – jika suka
  • cili padi
  • tomato
  • air perahan limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa

p/s – sukatan boleh ikut masing-masing dan kuantiti yang dikehendaki.

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan ke semua bahan dan gaul rata.
  2. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  3. Kerabu Ikan Bilis ini sedap dimakan terus selepas semua bahan siap digaul sebati. Bila makan baru rasa rangup. Jika disimpan, ia akan sedikit lemau. Ellok sabitkan semua bahan ketika hendak makan. Barulah kunyah rasa sedap dan ikan bilis tidak lemau.kerabu ikan bilis kerabu ikan bilis kerabu ikan bilis

Dah siap kerabu ikan bilis kita dan selamat menjamu selera buat semua.

Sumber: Haslina Mohamad

Baca juga: Sempena Musim Barbie, Lelaki Ini Kongsi Nasi Goreng Barbie Unik Citarasa Malaysia, Memang Berbaloi Untuk Cuba!

tags: | |