Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Khairul Aming Dapat Air Bersih Dekat Mana Untuk Kilang Di Kelantan?”, – Pertanyaan Wanita Ini Cetus Perdebatan Netizen

“Khairul Aming Dapat Air Bersih Dekat Mana Untuk Kilang Di Kelantan?”, – Pertanyaan Wanita Ini Cetus Perdebatan Netizen

Kategori:
Khairul Aming

Khairul Aming atau nama singkatannya KA merupakan antara individu yang berjaya membanggakan rakyat Malaysia dengan pencapaian dalam perniagaan menjual Sambal Nyet dalam usia muda.

Produk terbaharunya, Daging Dendang yang diberi nama Dendeng Nyet Berapi mendapat sambutan hangat apabila dia berjaya menjual 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi hanya dalam masa 3 minit 39 saat sahaja.

Pemprosesan Daging Nyet Berapi diproses di kilangnya sendiri yang terletak di Kelantan. Dia membuka dua buah kilang pemprosesan makanan di sana untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak muda di Kelantan.

Khairul Aming Buka 2 Buah Kilang Di Kelantan

“Untuk berkembang maju, pihak kami akan tambah kilang yang seluas 22,000 sqft di Kota Bharu. Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet. Ia juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti,” jelasnya dalam ciapan di Twitter pada tahun lepas.

Tularnya tentang hal itu, seorang wanita bertanya tentang sumber air untuk kilang Khairul Aming berikutan masalah air bersih selalu terjadi di Kelanta dan ia menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Khairul Aming Dapat Air Bersih Dekat Mana Untuk Kilang Di Kelantan?”, – Pertanyaan Wanita Ini Cetus Perdebatan Netizen

“Saya dapat tahu kilang Khairul Aming di Kota Bharu. Saya tertanya-tanya macam mana kilang dia dapat air besih, tidak keruh dan tidak berkarat. Seriously saya nak tahu”, tulis wanita itu melalui hantara di Facebook dan ia mendapat perhatian netizen.

Oleh hal demikian, pertanyaan wanita itu mencetuskan debat antara netizen. Ada yang membuat andaian tentang penggunaan boring air di Kelantan dan ada juga yang menyatakan tempat kawasan kilang Khairul Aming punya air bersih.

Masing-Masing Punya Pendapat

Pelbagai pendapat dilontarkan oleh netizen tentang persoalan itu dan ia menjadi debat di media sosial oleh kerana masing-masing punya pendapat.

Apa-apa pun, Min pasti kilang Khairul Aming menggunakan air yang bersih dengan kualiti produk yang terjamin.

Baca juga: Cecah Jualan RM14 Juta Jual Sambal Nyet, Khairulaming Buka Kilang Di Kelantan, Beri Peluang Pekerjaan Di Negeri Kelahiran

tags: