Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Hidangan Lauk Lejen, Resipi Asam Rebus Ikan Kembung Memang Nikmat Tak Terkata

Jom Cuba Hidangan Lauk Lejen, Resipi Asam Rebus Ikan Kembung Memang Nikmat Tak Terkata

Kategori: ,

Mahukan hidangan yang ringkas dan senang dimasak dengan punya rasa nostalgik yang enak? Haaa ini dia resipi Asam Rebus Ikan Kembung yang sememangnya nikmat tak terkata.

Ada yang panggil ini lauk singgang, bening ataupun assam pedas. Apa jua namanya, lauk Asam Rebus Ikan Kembung ini sememangnya nikmat tidak terkata.

Jom Cuba Hidangan Lauk Lejen, Resipi Asam Rebus Ikan Kembung Memang Nikmat Tak Terkata

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ikan kembung / mabong
  • 5-7 helasi daun kesum
  • 1-3 asam keping
  • 1 batang serai – dititik
  • air

Bahan dikisar:

  1. 1 ulas bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 inci kunyit hidup
  4. cili merah
  5. belacan
  6. air 700 ml – 1 liter air

Cara Penyediaan:

  • Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun kesum, asam keping dan serai.
  • Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air.
  • Didih lagi selama 10-15 minit. Ikan cepat masak  jadi tak perlu masak lama-lama.
  • Siap dan boleh dihidang.

Memang sedap rasa hidangan Asam Rebus Ikan Kembung ini. Selamat mencuba dan merasai.

Sumber: Tuan Mahani

Baca juga: Cara Buat Sambal Jawa, Sangat Mudah & Tak Berminyak. Guna Air Fryer Sahaja, Orang Diet Pun Boleh Makan!

tags: