Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Malaysia Catat Negara Kedua Paling Tinggi Obesiti Di Asia Tenggara, Satu Kebimbangan Buat Rakyat Malaysia

Malaysia Catat Negara Kedua Paling Tinggi Obesiti Di Asia Tenggara, Satu Kebimbangan Buat Rakyat Malaysia

Kategori:
obesiti

Tidak dinafikan, makanan di Malaysia merupakan antara makanan yang enak sehingga menjadi tarikan utama pelancong luar.

Menyentuh hal pemakanan dan gaya hidup sihat rakyat Malaysia, negara ini mencatat negara kedua paling tinggi obesiti. Hal ini menjadi satu kebimbangan apabila ia menjerumus kepada gaya hidup yang tidak sihat selain pemakanan yang tidak teratur.

Malaysia Catat Negara Kedua Paling Tinggi Obesiti Di Asia Tenggara, Satu Kebimbangan Buat Rakyat Malaysia

Menurut statistik yang dilaporkan oleh Seasia Stats, rekod yang dipaparkan menunjukkan Malaysia mencatat negara kedua paling tinggi obesiti dalam kalangan rakyatnya.

Dengan data yang disokong oleh Central Intelligence Agency dari tahun 2016 – 2024, ia mencatatkan 19.7% rakyat Malaysia mengalami dan mengahadapi berat badan berlebihan serta obesiti.obesiti

Brunei catat Negara Tertinggi Obesiti Asia Tenggara

Dalam laporan yang sama, negara jiran Brunei Brunei merekodkan angka penduduk obes kedua tertinggi di Asia Tenggara iaitu 14.1 peratus, dengan purata indeks jisim tubuh (BMI) 27 kilogram meter padu berdasarkan Penilaian Penduduk Dunia 2023.

Bagaimanapun, jumlah rakyat yang obes di negara itu masih tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan negara lain di Eropah dan Amerika Utara, selain Malaysia berada di kedudukan tertinggi dengan 15.6 peratus.

Kadar obesiti di Brunei didapati meningkat akibat beberapa faktor seperti perubahan dalam diet dan gaya hidup, selain peningkatan jumlah pekerjaan yang memerlukan individu duduk dengan lama.obesiti

Susulan itu, kerajaan Brunei melaksanakan beberapa langkah bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya mempromosikan amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.

Sumber: Seasia Stats & Agensi Berita

Baca juga: Mydin Beri Peluang Pekerjaan Untuk Golongan OKU Dengan Gaji Sama, Doktor Kongsi Kisah Terharu Pesakitnya

tags: | |