Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Resipi Ikan Singgang Kuning, Memang Sedap Hirup Kuah. Letak Kunyit Banyak Ni Barulah Ngam!

Ibu Ini Kongsi Resipi Ikan Singgang Kuning, Memang Sedap Hirup Kuah. Letak Kunyit Banyak Ni Barulah Ngam!

Kategori: ,

Biasanya, kita masak hidangan singgang biasa yang kuahnya jernih. Tapi kali ini, jom tambahkan sedikit rasa kepada kuah singgang kita agar rasanya lebih mantap.

Dengan hanya menambahkan beberapa bahan, ikan singgang yang dimasak menjadi extra sedap tau! Jom kita ikuti perkongsian Mizah Ngatiman ini.

Katanya nak guna ikan apapun boleh untuk buat singgang kuning ini, sama ada selar, kembung, parang atau siakap.

Boleh juga jadikan menu ibu dalam pantang, sebaiknya lebihkan kunyit, halia dan letak lada hitam. 

Ibu Ini Kongsi Resipi Ikan Singgang Kuning, Memang Sedap Hirup Kuah. Letak Kunyit Banyak Ni Barulah Ngam!

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kembung
  • 1 batang serai – diketuk
  • asam jawa
  • 2 tangkai lada besar
  • 1 batang bunga kantan (potong dua)

Bahan ditumbuk:

  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan tumbuk dan serai dengan sedikit sahaja minyak. Biarkan layu.
  2. Letak air secukupnya ikut banyak mana kuah kitaa suka. Biarkan mendidih.
  3. Masuk ikan, letak cili, bunga kantan, asam keping dan garam secukupnya.
  4. Akhir sekali, masukkan bendi. Bila sayur masak tutup api. Siap.

Siap sudah kita punya hidangan Ikan Singgang Kuning ni. Sekali makan dengan nasi panas-panas, memang puas hati. Hirup hingga licin pinggan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mecuba dan merasai.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Tip Simpan Santan Agar Kekal Segar Hingga Tahan Berbulan-Bulan, Tidak Beku & Senang Guna Balik

tags: |