Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramadan Dah Tak Lama, Ini Perkara Yang Korang Perlu Tahu Untuk Menyambut Bulan Puasa

Ramadan Dah Tak Lama, Ini Perkara Yang Korang Perlu Tahu Untuk Menyambut Bulan Puasa

Kategori: ,
menyambut bulan puasa

Maksud puasa dari segi istilah adalah seseorang menahan diri daripada makan dan minum serta mengelakkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Ia bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan mengikut dalil Al-Quran dan hadis.

Jadi, jom ikuti perkongsian ini untuk persiapan wajib bulan puasa yang semakin hampir ini. Jom sama-sama semak perkara wajib dan penting bulan Ramadan.

Ramadan Dah Tak Lama, Ini Perkara Yang Korang Perlu Tahu Untuk Menyambut Bulan Puasa

Niat Puasa Ramadan

Niat Puasa Sebulan Ramadan

Doa Berbuka Puasa

Niat Solat Sunat Tarawih

Perbaiki Ilmu, Tingkatkan Iman

Nabi SWT bersabda daripada Abu Hurairah RA: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”

Syarat utama puasa diterima adalah seseorang itu mesti beriman kemudian diiringi dengan ihtisab (mengharap balasan baik daripada Allah). Pengharapan terbina atas dasar iman dan ilmu. Iman manusia sudah tentu ada turun dan naiknya. Maka, persiapan iman sebelum masuk ke bulan Ramadan adalah amat penting dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Iman yang benar perlu kepada ilmu yang benar. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anbiya’, Ayat 7: “Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”

Oleh yang demikian, ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mempelajari dan mengulangkaji semula hukum-hukum mengenai amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin itu melakukan ibadah dengan berlandaskan ilmu yang betul, bukan sekadar ikutan.

Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan tiba supaya puasa kita benar-benar diterima dan mendapat ganjaran oleh Allah SWT.

Begitu juga dengan bacaan al-Quran, usaha untuk memperbaiki bacaan seharusnya sudah dilakukan sebelum kedatangan Ramadan kerana bulan Ramadan adalah bulan untuk kita pecut selajunya.

Seiring dengan persiapan fizikal dan tubuh badan, kita juga perlu mempersiapkan mental dan rohani kita bagi menghadapi Ramadan. Melakukan pembacaan mengenai teknik tazkiyatun al-nafs (penyucian jiwa) dan menghadiri majlis ilmu yang membincang perkara ini akan membantu kita bersiap siaga untuk melaksanakan ketaatan sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai kesimpulan, mari sama-sama kita merancang agenda persiapan dan aktiviti ibadah kita sebelum dan sepanjang Ramadan supaya kita dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa kita di bulan Ramadan.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Terengganu Larang Berniaga Di Bazar Ramadan Pada Malam 1 Syawal

tags: | |